Sunday, September 11, 2011

Kata orang, "Kat U nanti kita akan jumpa macam-macam orang."

Kata orang, "Kat U nanti kita akan jumpa macam-macam orang."

Betul, betul, betul! setuju!

Ce citer, ce citer...

Dalam Minggu Destini Siswa (MDS) lepas, Fatin jumpa macam-macam orang. Dari segi rupa, sikap, gaya...

Tapi yang tak boleh tahan, jumpa orang yang muka macam Stephen Rahman Hughes, Bunga Citra Lestari... Tak tau lah kalau mata ni rabun ke, or terbayang sendiri.. ;p


Tapi yang penting minggu lepas check mata, power turun.. :)

Lagi, jumpa orang muka macam Cikgu Nurul masa kat MRSM Merbok dulu.. Muka dia comel macam Cikgu Nurul jugak, cara senyum pun sama..

Then, muka mirip kawan2 lama.. Bila tanya nama, memang bukan orang yang disangkakan. Kira sahlah memang bukan kawan lama. Lagipun muka tak sama sangat pun, mirip2 je..

Tapi kat sana memang ada jumpa kawan lama masa sekolah rendah, Hanny. Jumpa Amilia, classmate kat SEMERBAK & Yana, classmate kat PASUM..

Pasal cara bercakap & gaya pun jumpa pelbagai jenis yang mirip kawan2 lama.. Sekaligus teringat kat kawan2 lama.. Our memories... Rindu korang semua! :)

Sekali lagi diingatkan, macam je.. Tak sama pun.. Kata orang, kat dunia ni ada 7 orang muka mirip kita.. Amacam, dah jumpa? ;)

Btw, tetiba teringat sorang kawan yang kata muka Fatin macam kawan dia. Tapi kawan dia tu lelaki. Kira Fatin ni macam kawan dia versi perempuan. Boleh pulak macam tuh???

Apapun, kita mesti berhati-hati dalam memilih kawan.. Kawan banyak mempengaruhi hidup kita.. :)

2 comments:

  1. ceh..ingatkan entri pasal mcm2 perangai rupanya mcm2 rupa.huhu..btw, muka cam bunga tu memang berlambak dah jumpa.muka tipikal.bak kata my husband plak,'macam muka yg wajib ada di setiap sekolah.'lol.;p

    ReplyDelete
  2. haha.. perangai pun jumpa mcm2 jugak.. :)

    ReplyDelete