Monday, September 05, 2011

Result Contest Klik-klik Adam

Resultnya dah keluar..

Tapi Fatin bukanlah pemenangnya.. Maybe ini bukan rezeki Fatin..
Apapun, Fatin dah buat yg terbaik..

Contest ni sedikit sebanyak membuat Fatin mengenali kawan2 di facebook. Daripada keluarga, saudara-mara, classmates, schoolmates, senior & junior hingga kenalan di fb..

Seperti kata peribahasa Arab kegemaran,

"Seseorang kawan akan dikenali apabila anda memerlukannya.."

Walaupun, hanya klik 'LIKE', tak semua orang boleh lakukannya.. Tapi Fatin tak boleh nak salahkan diorang, sebab seperti kata lirik lagu Pokok oleh Meet Uncle Hussain,

"Tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan.."

Sejak menyertai contest ni, banyak mutiara kata yang Fatin cari untuk tambah pengetahuan..
Antaranya,

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
-Saidina Ali-

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyenangkan.

Ada hikmahnya juga Fatin sertai contest ini. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. Jadi di sini Fatin mahu mengiktirafkan semua yang telah klik 'LIKE' sebagai KAWAN SEJATI! Boleh tak macam tu? :)

Apapun, thanks a lot kpd 292 orang yg sudi meluangkan masa lebih kurang 1 minit utk klik gambar tu! Walaupun contest ni just for fun, I really appreciate your help! :D






No comments:

Post a Comment