Assalamualaikum :)
Hai korang!
Kita kembali dalam episod 14 dalam rancangan Jalan2 Makan2 bersama Fatin ;)
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)
31 Ogos yang lepas, Fatin pergi makan kat Chemistry Cafe Wangsa Maju. Fatin baru tau sebab adik yang inform. Yang Fatin tau kat Shah Alam dan Bangi. Sekarang dah ada kat Wangsa Maju! Senanglah orang Gombak nak pergi! :)
Sebelum ni Fatin dah pernah pergi Chemistry Cafe kat Shah Alam dengan kakak. Boleh baca kat entri INI. Asalnya nak pergi dengan adik sebab dia beria ajak. Mentang2 sekarang form 4 tengah belajar chemistry, berkobar-kobar dia nak pergi, eh nak pergi sana nak study chemistry ke nak makan? hahaha, dua2 pun boleh kot, lawatan sambil belajar gitu :D At last, bawak satu family makan sana.
Chemistry Cafe Wangsa Maju ni kat Seksyen 10, dekat shoplot baru. Korang boleh waze untuk ke sana. Cafe dibuka setiap hari bermula 11.30 pagi sehingga 12.00 tengah malam kecuali Jumaat dan Sabtu tutup jam 12.30 tengah malam.
Kakak & adik order waffle. Fatin yang kelaparan order Seafood Spaghetti Carbonara & green Tea Ice Blended. Bagi Fatin carbonara dia sedap, cukup lemak & seafood dia pun banyak. Green tea not bad, still tak boleh lawan my favourite Boat Noodle Green Tea hehe.. Ayah & mak makan french fries & minum cappucino je sebab tak minat western food. Then ayah ajak dinner kat satu tempat ni, nak tau kat mana, next entry eh ;)
Oreo Crazy Crush Belgium Waffle |
Messy Kinder Bueno (belakang) |
Vanilla ice blended |
Ye, tau pipi pau -.- |
menu |
Cobaan meniru aksi hakak chemist :p |
Ramai tak org dtg waktu mlm?
ReplyDeleteTak sure, sbb saya pergi waktu petang.
Delete