Monday, September 19, 2016

Review Hot Pot King Prima Gombak




Assalamualaikum :)

Kita kembali dalam episod 15 dalam rancangan Jalan2 Makan2 bersama Fatin ;)
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)

Sambungan dari entri lepas, selepas makan kat Chemistry Café Lab Wangsa Maju, ayah ajak makan steamboat pada malamnya. Memang hari tu jalan jalan makan makan je hehe.. Sesuai dengan nama program iolls :p



Hot Pot King ada dua branch, satu kat Shah Alam, Prima Sri Gombak dan branch baru bakal dibuka di Jalan Kuching. Hot Pot King ni bukan sahaja ada steamboat, ada grill jugak. Bila ada grill lagi excited nak makan, sebab takdelah kembung perut hirup kuah tomyam kan ;)


Lepas maghrib kitorang gerak ke sana. Lebih kurang 8.15 malam dah sampai. Masa kitorang sampai lengang je. Macam biasa senang kerja blogger nak snap gambar environment kat situ.


Start kul 9 malam dah ramai orang datang. Penuh semua meja, boleh kata full house jugaklah. Lupa nak bagitahu harga:

Dewasa - RM29.90
Kanak2 (4-11 tahun) -  RM14.45
Kanak2 bawah 4 tahun - percuma

Sebelum
Selepas
<3
Bahan2 mentah yang disediakan fresh dari ladang. Sos ada macam2, tapi Fatin prefer sos cili & mayonaise je. Yang tak bestnya takde sos black pepper.




Selain itu, ada bufet nasi goreng dan lauk pauk jugak. Yang paling menarik hati ada aiskrim yeay!




Telur tiga suku masak :p


Aiskrim keladi & jagung!
Air ada pelbagai perisa, pilih nak sirap, anggur, sarsi, air fruit cocktail pun ada. Untuk siapa yang nak air panas, ada teh hijau.

Mak jadi model jap ;)
Kalau korang jumpa teko berisi teh mata korang elok :p

Sebelum balik, wajiblah ada sesi fotografi kan, minta staf situ tolong snap gambar.

My family (tak cukup korum, kakak & abang takde)
Izinkan saya letak gambar post birthday :p
Next entri Fatin akan bawak korang Jalan2 Makan2 ke satu kedai western, nantikan :D

3 comments:

  1. Assalam fatin, dia sorang 29.90 ringgit atau boleh untuk beberapa orang like 3 orang ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai pun boleh. Tapi dikira rm29.90 tu sekepala

      Delete
    2. Waalaikumusalam, sorry lmbt reply, lama tak bukak blog huhu.. thanks nawal tolong reply :)

      Delete