Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Thursday, December 08, 2016

Menikmati kehijauan Taman Eko Rimba KL





Assalamualaikum :)

Selepas melawat Upside Down House KL, kitorang terus destinasi asal iaitu Taman Eko Rimba KL. Dekat je, dari rumah terbalik tu memang dah boleh nampak pintu gerbang Taman Eko Rimba.


Sebelum ini, Taman Eko Rimba dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nenas. FYI, Taman Eko Rimba ini merupakan hutan simpan tertua di Malaysia.


Sebelum datang sini, Fatin dah baca review di blog orang. Fatin excited nak naik jambatan gantung :)

Masuk je pintu gerbang tu, tetiba ternampak signboard 'AWAS BINATANG BERBISA'. Alamak terus cuak, takut jumpa ular je huhu, harap dijauhkan kan..

Yeay, Taman Eko Rimba checked! 
Korang boleh pilih nak lalu atas or bawah, kalau atas, lalu kat sepanjang jambatan gantung, kalau kat bawah ikut laluan pejalan kaki. Haruslah pilih jambatan gantung, sebab nak mencabar kekuatan diri sendiri. Nak kata gayat tu, adalah sikit, tapi seronok, yang takutnya, takut fon jatuh bawah haha, genggam sekuat hati fon tu sambil snap gambar.


Tangga turun bawah ke jambatan gantung berikutnya

Dari jambatan gantung, kita boleh nampak bangunan pencakar langit di sekitar KL. Then dapat menghirup udara segar, alhamdulilah waktu pergi tu cuaca baik, tak panas sangat dan yang penting tak hujan.



Bagi korang yang cintakan alam sekitar, suka dengan kehijauan pokok2 bolehlah jalan2 kat sini, sambil beriadah berjalan kaki. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Taman Eko Rimba ini. Korang boleh berjalan sambil biarkan lemak korang terbakor haha.. Just walk and enjoy the nature!



ASEAN Garden

Actually ada banyak lagi pokok tapi Fatin snap yang Malaysia punya je hehe

Thanks my bff Aminah yang menjadi photographer sukarela! :D
Alhamdulillah hingga ke garisan penamat, kitorang tak jumpa binatang berbisa :)


Next entry Fatin share tempat makan best, nantikan! ;)

Wednesday, December 07, 2016

Upside Down House KL




Assalamualaikum :)

17 November lepas Fatin dengan Aminah ronda2 KL selepas tengok ada kawan share pasal Taman Eko Rimba dan Upside Down House KL. Fatin excited giler nak pergi Taman Eko Rimba sebab nak lalu jambatan gantung tu hehe.. Sebelum tu kitorang masuk Upside Down House dulu.


Sebelum ni Fatin pernah pergi Upside Down House PD, korang boleh usha kat LINK INI.

Bayaran masuk RM15, kalau ada student card dapat harga RM10.

Kitorang bernasib baik sebab datang awal, kira orang pertama masuk untuk hari tu. So senang nak tangkap gambar, kalau tak habis semua gambar kena photobomb dengan strangers.

Rumah terbalik ni dari luar memang reka bentuk dah terbalik, sama jugak dalamnya.


Rumah ni ada dua tingkat, ada ruang dapur, bilik air, bilik tidur, ruang makan, dan lain2. Korang boleh tengok, nak cakap banyak pun tak guna hahaha :p




Berpaut kat daun pun boleh :p




Okay ni versi tanpa orang pulak ;)



Okay kita turun bawah pergi ke loteng rumah terbalik ni..

Tangga turun ke loteng rumah terbalik

Environment kat loteng



Duduk atas siling, kau hado?


Okay ni bahagian luar pulak. Sebelum ke Taman Eko Rimba, kita snap gambar dulu..
KL Tower

Selipar tu jangan jatuh atas kepala sudah :p


Kesimpulannya, rumah terbalik ni sesuai untuk kanak2 dan remaja, untuk dewasa macam tak kot hehe.. Sekarang musim cuti sekolah kan, bolehlah ibu ayah bawak anak2 anda ke sini! :D

Thanks a lot my BFF, Aminah Hanum melayan kehendak kawanmu ini <3



Next entry kita ke Taman Eko Rimba KL, nantikan! :D


Monday, October 12, 2015

Let's do experiment at The Chemistry Cafe!




Assalamualaikum :)

Kita kembali dalam episod 11 dalam Jalan2 Makan2! :D
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)

Dah lama teringin nak buat eksperimen (makan) kat The Chemistry Cafe + Lab!
Plan dengan classmates tak menjadi, ada sekali tu pergi sana tutup, sekarang dah habis belajar baru berkesempatan.
Better late than never! :p



Fatin suka tengok dekorasi kafe dengan periodic table, tabung uji, conical flask, fefeeling dalam makmal buat eksperimen.




Teringat zaman form four & five buat eksperimen kimia, masa awal belajar kimia excited giler belajar, buat chemical equation, hafal periodic table, sekarang jangan tanya weh, tak ingat satu apa pun, nampak sangat belajar untuk exam! :p

Actually pergi Shah Alam teman kakak hantar Noritake kat customer. 
Korang boleh usha fb Malaysia Corelle Store or instagram Fabulous Fedora untuk tengok pinggan mangkuk or barang2 perkakas dan hiasan rumah. Sempat promote! :)

Then, pergi uitm shah alam pergi mohon salinan official transcript untuk apply lesen optometrist.
Lepas tu, singgah Chemistry Cafe kat Shah Alam! By the way, Chemistry Cafe dah bukak cawangan baru kat Bangi.






Kitorang order Seafood Aglio Olio, The Bomb Chiller, Lady Boss Latte Hot and Triple Choc Waffle.
Harga boleh tahanlah, dalam berbelas hengget setiap hidangan.
Seafood Aglio Olio - RM15.90
The Bomb Chiller - RM14
Lady Boss Latte Hot - RM13
Triple Choc Waffle - RM14.90



My sis <3
Meh tengok apa eksperimen iolls :p

Tujuan eksperimen :
Untuk mengkaji hubungan antara kuantiti 'solid food' & isipadu 'chemical solution' yang diperlukan dalam tubuh manusia ;)

Pembolehubah:
Manipulasi : Kuantiti solid food
Bergerakbalas: Isipadu 'chemical solution'
Dimalarkan: Saiz tubuh badan manusia

Hipotesis:
Semakin banyak makanan 'solid food' yang dimakan, semakin banyak isipadu 'chemical solution' yang diperlukan oleh tubuh manusia, jika makanan tersebut pedas! Hehehe :p

Eksperimen tak boleh pakai ni, hahaha, actually seafood aglio olio yang kitorang makan tu pedas sikit, berasap jugaklah telinga ni hehe, tu yang bergelen air minum, nasib baik air dia portion besar. Yang Hot Lady Boss Latte kakak tak habis take away je, sebab Fedora mengamuk nak main kat luar. Kelam kabut Fatin menghabiskan makanan sampai licin!

Last but not least, Fatin ada jumpa reminder bertemakan chemistry :)



Friday, October 09, 2015

Bumped into FL at IKEA




Assalamulaikum :)

Lamanya tak update blog! *lapscreenlaptop*

Isnin lepas Fatin off day, so pergi jenjalan kat IKEA dengan kakak, adik dan anak buah.
Kakak nak beli barang2 rumah, Fatin pergi sebab nak makan meatball je, dah lama tak makan, idok ingat bila last pergi IKEA. Tak lama lagi IKEA Cheras nak bukak kan, boleh serbu sana pulak...
Lagi satu nak buat sesi fotografi kat IKEA sambil berangan nak deko rumah macam ni, macam tu, mesti korang pun selalu buat kan? :p

Sambil jalan2 tolak troli, toleh belakang, eh FL!
Tolak troli tepi, tegur FL.

Me: Kak paten!
FL: Macam pernah jumpa lah kan?
Me: Yup, kat Rumoda.
FL: Yg blaja dentistry tu eh?
Me: Taklah, optometry.

Fatin Atikah dan Fatin Liyana

Excuse my cheek, dah lah duk bawah lampu T.T

Dulu 1st time jumpa kakpaten masa Grand opening butik Rumoda dgn classmates, Fadh, Mekna & Fyra.
Kitorang menunggu Dr AF & Dr FL utk sign buku #DIAgnosis2. Kitorang beria datang awal semata-mata nak jumpa Dr AF & Dr FL. Tak sangka kakpaten ingat hehe.. Walaupun ingat2 lupa :')
Ada kawan tanya Dr AF mana, takde, kak paten shopping dengan mak & adik dia :)

Okay, kalau dah sampai IKEA, tak sah lah kalau tak makan meatball!


Kalau sebelum ni kalau makan meatball, selalu order puding karamel as dessert.
Kali ni try order kek badam and cheese cake.
Kek badam sedaaap! Cheese cake kurang cheese, rasa macam makan chiffon cake je huhu..

Before balik, beli aiskrim kon ikea, itu pun beratur panjang giler...

Thanks for reading this entry! :)

Friday, June 05, 2015

Upside Down Art Gallery Port Dickson




Assalamulaikum :)

Happy holiday everyone!
Dah nama pun holiday, moh ler kita jenjalan. Ke mana? Port Dickson!
Rasanya last pergi PD waktu kecik2 dulu, tak ingat dah tahun bila.
Kitorang stay kat Primaland, yang dahulunya dengan nama Tiara Beach Resort.
Sebelum ni dah pernah pergi dah, sebab ada water park yang best.
Malaysia's largest man-made beach.

Tapi disebabkan iolls dah besar panjang, idokler iolls mandi.
Just pergi pantai Teluk Kemang rendam kaki je.
Then ternampak banner 'Upside Down Art Gallery'! Jom!
Sebelum ni just tahu ada rumah terbalik kat Sabah dan Melaka je, sekarang dah ada kat PD!

Peace yaw! Jgn risau toilet ni bersih & wangi ;)
Bayaran masuk RM15 untuk dewasa. Untuk kanak2 bawah 12 tahun RM10 tetapi kanak2 bawah ketinggian 90cm adalah percuma. Then, tanggalkan kasut dan letak dalam rak kasut yang disediakan.



Selamat datang ke rumah terbalik! Ada dua section, satu section rumah terbalik, satu lagi macam gambar 3D or ala2 magik hehe.. Kat situ ada satu ruangan contoh gambar untuk tengok macam mana nak posing dengan cara terbaik. Kira camera trick la kan.. Lagi satu, setiap ruangan ada photo point tersendiri untuk dapatkan gambar yang awesome! Okay jom!

Omg!
Hauslah, nak minum air..
Fedora pun nak menangis tengok pemandangan terbalik
Cubaan mengapungkan diri :p
Cycling on the ceiling
Kau mampu? :p
Nak lap tangan jap
Kerusi terapung
Kereta keluar dari dinding
Besi tembus badan?
Okay dah mengantuk
Tidur kat ruang tamu pulak dah
Roses lover
Ni lah superhero yang mengajar aku terbalikkan diri :p
My bodyguards
Sebelum balik, abadikan diri kat magazine dulu :p
Boleh follow ig upsidedownartgallerypd 
Korang boleh usha fb Upside-Down Port Dickson Sdn Bhd or #upsidedownartgallerypd kat IG.
Okay cukuplah sampai di sini, ada banyak lagi gambar tapi selebihnya korang kena pergi sendiri! :)
Bye!

Wefie with my siblings at the beach
Esok balik palam dah, menyambung perjalanan sebagai seorang pelajar. Exam lagi 2 minggu.. 
Next week last check mata patient, sebab minggu last nanti posting kat hospital. So macam biasa sape nak check mata boleh emel saya or baca entri INI for details. Tq! :)