Sunday, May 31, 2015

Suara emas




Assalamualaikum :)

Student uitm cuti seminggu sempena hari gawai kan, apa lagi jom blogging!
Sebelum kita busy dengan final exam yang bakal menjelang ;)

Cakap pasal suara emas ni, bukan kilauan emas tau, or suara kengkonon merdu bak bukuh perindu.
Masa aku sekolah rendah dulu, ada sorang kawan aku tanya, "Fatin, suara kau macam laki kan?"
Masa tu kecik lagi, sentapnya mak aii... Aku tahulah suara aku kasar tak payah lah nak cakap cenggitu, menangis dalam hati masa tu.

Tapi bila masuk sekolah menengah, ada sekali tu ada presentation sejarah, kena guna mikrofon, lepas habis present, cikgu cakap, "Suara awak sedaplah". Erkk? Itu perli ke puji? Aku present je, bukannya menyanyi. Apa2 jelah.


Satu lagi situasi, masa lab, lab instructor ada terdengar aku cakap dengan classmate, then, "Suara Fatin ni sedaplah". Speechless. Aku cakap je pun, tetiba dia cakap cenggitu. Cuak pun ada, dah kenapaaa..

By the way, masa ketiga-tiga situasi tu honestly aku tak melenggokkan suara okay. Aku cakap macam biasa je, dah memang suara aku ni kasor, redha je lah. Dan masa tu jugak aku takdelah batuk or suara rock. Maybe sebab aku ni jarang bercakap, so sekali aku semburrr, orang terkezzut. Mungkinlah.

Apapun, aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Satu lagi suara aku ni kuat. Kalau aku bercerita, memang intonasi terbaik. Habis semua orang boleh dengar. Dah banyak kali dah terjadi bila mana time aku semangat tengah bercerita, kawan aku mesti tegur, "Kuatnya Fatin cakap.."

Okay, aku memang tak boleh bercerita dengan orang, mesti nada suara tu tak boleh control. Yang paling best, masa sekolah menengah, aku tengah syok bercerita kat kawan sebelah aku, tapi habis cerita, kawan aku tu cakap, "Tadi kan, masa Fatin tengah cakap, ramai kawan pandang2, sebab kuat".

OMG, bukan nak tegur masa tengah jalan, dah sampai penamat baru cakap. Maybe dia pun tak sampai hati nak potong cakap aku kot kan.

Ada satu lagi situasi, kawan aku call, then aku pun jawablah, "Hello".
Kawan aku cakap, "Hello, Fatin ke ni? Suara macam operator."
Ya Rabbi, macam operator? Boleh lah apply kat mana2 company lepas ni -.-

By the way, cakap pasal suara emas ni, aku bukanlah reti menyanyi, bila karaoke dengan adik-beradik, memang suara aku paling sumbang. Bila tengok video sendiri rasa nak kritik teruk2 dekat penyanyi tu hahaha :p Tapi kakak dengan abang aku memang suara sedap, aku tak nafikan. Kalau aku ni kalau setakat jadi pencerita kisah kanak-kanak, insya Allah lulus. Sebab dulu masuk pertandingan bercerita dapat no 2 haha :p

Kadang2 aku rasa bagus jugak jenis tak banyak cakap ni, aku memang jenis tak banyak cakap dengan semua orang, melainkan yang rapat dengan aku. Tapi buat yang rapat dengan aku tahulah betapa becoknya macam mulut murai :p

Akhir kata, nasihat untuk diri sendiri dan semua kaum hawa di luar sana, jagalah nada suara kita dengan baik supaya terhindar daripada fitnah :)

Dalam surah al-Ahzab ayat 32:
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."


2 comments:

  1. haha. teringat bile fatin ckp sekali satu lecture hall dengar. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. shhh, haha, xpe, nnt bila2 nk present senang :p

      Delete