Wednesday, May 27, 2015

Optometry Annual Dinner 2015 at Restoran Zamzam #1001NightsofRangeela




Salam namaste :)

Rasa macam baru je semalam taip entri untuk dinner 2014, tetiba hari ni dah tahun 2015. By the way, baru perasan dinner masa iolls first year idokler update, nantilah, bila2 buat entri throwback :p


Ahad lepas, 2nd year student telah menganjurkan majlis dinner yang gilang gemilang di Restoran Zamzam Shah Alam. Majlis ini menggabungkan Arabic & Bollywood, dengan tema 1001 Nights of Rangeela. Rangeela tu maksudnya warna warni.


Masuk je dewan tu, memang warna warnilah sebab semua pakai macam2 colour. Bagi yang mengikut tema arab, mereka memakai jubah, bagi yang ikut tema bollywood, ada yang pakai kurti, punjabi dan saree. Fatin pakai baju kurung kain saree masa wedding kakak sulung 6 tahun yang lepas. Muat lagi sebab baju kurung tu besar, ikut contoh baju sekolah masa kat mrsm dulu :p Then majoriti pakai headchain kat kepala.

With my beautiful classmates
Tudung pakai tudung free je, haha, masa kat pesta buku hari tu, beli majalah dara.com dapat shawl free. Apa lagi, belilah! So beli kasut je kat XES, beli warna gold sebab nak sedondon dengan tudung. Then, beli headchain mughah kat DIY, Itu je lah OOTD pada malam tu :)

Excuse my inai, lukis sendiri, cenggitulah ghupanya..
Dari segi makanan, bagi Fatin, okay, not bad. Air jus sedap, tapi teh tarik dia tak umphh...

Nasi arab
Seterusnya persembahan dari junior tahun 1,2 & 3 best! Nampak semangat diorang perform, dengan tarian bollywood lagi. Cuma yang tak bestnya, mikrofon or PA system kat situ tak bagus, ianya menggangu perjalanan majlis. Kitorang final year student nyanyi lagu Teman Sejati dengan iringan gitar dari Luna.

Teman sejati
Untuk award, congrats kepada semua kawan2 yang menang awards, pelajar klinikal terbaik, akademik terbaik, pelajar paling friendly, sahsiah terpuji, paling sportive, paling lawak, berkarisma dan macam2 lagi. Tahniah jugak kepada King & Queen of the night! Baju memang 100% ikut tema!

King of the night
Queen of the night
Secara overall, tahniah kepada 2nd year students untuk majlis dinner untuk meraikan kami. Thumbs up! Kepada semua junior, teruskan perjuangan, all the best! Kepada semua lecturers & supervisors, thanks a lot for guidance, doakan kami semua dapat grad dengan cemerlang, amin..

A month left with them..
Okaylah, taknak tulis panjang2, biarkan gambar berbicara :)

My twin. Kitorang memang ada telepati yang sangat kuat. Dah banyak kali pakai baju warna sama ;)
Muka tahan lapar
My FYP mates and our lecturer
My FYP partner

Dulu time AGM tak sempat nak ambik gambar dengan my ex-exco.. ;)
Photobomb level?

Nak tanya, ada nampak Arjun Rampal tak? :p
Some pics credit to GBM & Natasha
Lastly, boleh tengok entri dinner & hi-tea yang tahun lepas2 :)


"Dinner is better when we eat together"

2 comments:

  1. hai rumetku si blogger. haha.
    sharing2 link ye kite. adakah ini last entry kte bersama.?? T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai rumetku GBM, yup, dah baca dah entry baru, thanks, insya Allah, ni bukan last entry, BM jgn lupa ;)

      Delete