Menjadi tradisi dalam keluarga optometri kami, pelajar2 tahun dua perlu menganjurkan sebuah majlis meraikan pelajar2 tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi. Namun, kebiasaannya, pelajar akan mengadakan dinner tetapi kami membuat sedikit kelainan iaitu mengadakan majlis hi-tea.
Bertempat di kolam renang Taman Botani Negara Shah Alam, majlis tersebut dihadiri oleh semua pelajar optometri, pensyarah dan staf. Dulu dah pernah datang berjalan-jalan di sini, bersama usrahmates di entri
INI. Sebelum itu, pada sebelah pagi, pelajar2 perlu menyertai Sky Trek atau Opto Race yang mencabar mental dan fizikal. Kiranya kami tak buat hi-tea semata-mata, tetapi juga program lain.
Untuk event ini, Fatin bertugas sebagai AJK Makanan bersama rakan2 lain iaitu Syamerra, Husna, Fadhilah, Hanom, Azlim dan Hadibah sebagai ketua AJK Makanan. Tugas kami lebih kepada semasa majlis hi-tea, jadi, pada sebelah pagi, kami membantu rakan2 lain set up tempat. Majlis kami ini kira special sebab kami set up dan hias sendiri.
|
Hias meja & kerusi |
|
Letak pasu bagi betul2 tengah ye kak.. |
Bermula dengan menyusun meja dan kerusi, memasang alas meja dan kerusi, menyediakan photo booth, menghias dengan kain rentang, meniup belon untuk hiasan dan lucky draw dan lain2. Cuaca pagi itu agak panas, berpeluh jugaklah dalam set up semua. Kalau ikutkan hati, rasa nak terjun je kolam renang itu, hehe..
|
Saya sudah bersedia, walaupun sedalam mana.. *ayat iklan milo* |
|
Photobooth yang awesome |
Untuk lucky draw, kami buat cara lain daripada yang lain. Kami masukkan kertas berlukis smiley senyum dan sedih ke dalam belon, tiup, dan ikat pada kerusi. Pelajar yang bertuah mendapat belon yang berisi smiley senyum akan dapat hadiah. Tiup belon sampai kembung perut, eh, hehe..
Dipendekkan cerita, majlis bermula pada jam petang. Dimulakan dengan bacaan doa, kata aluan daripada pensyarah dan pelajar tahun akhir dan jamuan makan. Menu kami pada hari itu adalah spaghetti carbonara dan spaghetti bolognese, sate, kek red velvet dan kek carrot walnut, marshmallow, moist chocolate cake, kek pisang, mushroom soup, aiskrim, air oren dan cocktail. Alamak, terliur pulak menaip semua makanan ini, hehe :p
Fatin menjaga bahagian sate dengan Syamerra. Mula2 tu ramai orang menyerang bahagian sate itu, tak menang tangan dibuatnya. Lama kelamaan, dah reda sikit, terus ambil air sebab dah kehausan tahap dehydrated, rasa macam nak pengsan pun ada. Lepas tu, barulah ambil makanan yang lain. Tapi hari tu Fatin tak makan banyak pun, duk minum air bergelas2 dan makan cocktail. Saya memang penggemar coktail. Tapi seperti yang kita tahu, tak elok makan buah-buahan dengan susu. Jadi kurangkanlah makan cocktail.
Ok, lupa nak cakap pasal tema hi-tea. Tema kami ialah COLOUR BLOCKING. Ya, sekarang ni memang trend orang pakai colour block tapi tak termasuk Fatin. Actually, Fatin ni tak berapa gemar pakai baju colour block ni, sebab entahlah mungkin dah belajar roda warna dalam pendidikan seni masa form 1, jenis2 warna, warna harmoni, warna kontra dan lain2. Fatin kalau pakai baju mesti match dengan tudung. Nak lagi senang, pakai tudung hitam atau putih. Matching dengan semua baju. Tapi kalau dah trend sekarang colour block, Fatin fikir dua tiga kali la jugak untuk pakai. Satu lagi, yang jenis pakai tudung corak dan baju corak, apa cer? Tak tahulah kenapa mata ni idok berapa berkenan menengoknyaaa.. Ok, sudah la bercerita pasal fesyen, tahulah hajat nak jadi fashion designer tak kesampaian huhu..
So di sini saya sertakan roda warna untuk rujukan anda yang memilih baju bertemakan colour blocking. Hah, sudah aku pulak mengajar orang pakai colour blocking sedangkan diri sendiri tak berapa nak colour blocking. Saya ni people blocking kat media sosial jer, oops! :p
Selesai makan, semua pelajar sibuk bergambar di photo booth dengan props comel tak hengat. Tapi, sedih jugak sebab kami 2nd year tak sempat nak bergambar beramai-ramai. Semua sibuk dengan tugas masing2. Takpe lah, next year ada lagi :)
|
Pelajar2 tahun akhir yang diraikan |
Di kesempatan ini Fatin nak ucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, mohon maaf jika ada kekurangan dalam majlis kami. Tahniah kepada semua pemenang lucky draw, King & Queen, anugerah Great Leader dan Peribadi Unggul. Kepada rakan2 seperjuangan, tahniah kerana kita sudah berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya, penat lelah kita bersama akhirnya selesai juga majlis ini. Terima kasih kepada Hadibah selaku ketua makanan yang banyak memberi tunjuk ajar dan tahniah atas anugerah Great Leader! :) Maafkan saya jika ada kesalahan sepanjang majlis ini berlangsung. Sayang anda semua <3
|
King |
|
Queen |
|
Penolong pengarah program bersama pemenang anugerah Great Leader |
|
Penolong pengarah program bersama pemenang anugerah Peribadi Unggul |
|
black or red? |
|
Miss Optometrist, another two years to go, Insya Allah.. |
[pics credit to Ika Dahlan & my samsung phone]
No comments:
Post a Comment