Thursday, March 28, 2013

Optometry Athletic Championship (OAC) 2013

Sabtu lepas, pelajar2 Optometri UiTM Puncak Alam telah mengadakan Optometry Athletic Championship (OAC) 2013. Kami bersaing antara batch. Antara sukan yang dipertandingkan adalah Futsal, Bola Jaring, Bola Baling dan Sukaneka / Sukan Rakyat.

By the way, aku dilantik untuk menjadi AJK Pendaftaran dengan seorang lagi senior, Kak Aresya. Sedikit sebanyak dapat belajar cara2 menganjurkan satu event ni melalui meeting. Terima kasih kepada senior yang memberi kepercayaan kepada saya. *Cakap macam dapat pegang jawatan pengarah program je kan, hewhew*

Itu belum lagi 2 event yang akan datang, alhamdulillah, diberi peluang untuk menjadi AJK lain. Itu nanti kita cerita lain ok.. :)

Ok, berbalik kepada OAC, aku masuk futsal & bola baling. Untuk futsal, aku just jadi pemain simpanan, sebab untuk bola baling aku jadi penjaga gol. Mula2 ingat nak jadi simpanan penjaga gol untuk futsal, tapi tak banyak praktis lagi. So, just jadi defender.

Untuk bola baling, pengalaman menjadi goalkeeper memang best. Sebelum start OAC, dah minta tips kat Faris (adik), macam mana nak jadi keeper yang bagus. Dia kata semangat aku tinggi, sesuai jadi keeper. Kembang semangkuk la bila dengar dia puji kan, hewhew.. Thanks payeh! :) Dia kata kalau nak jadi keeper kena berani, sanggup sakit demi pasukan. Aku dengar ayat dia, rasa macam nak pergi berperang untuk negara dah, rasanya. Berkobar-kobar.

Bola baling
Tapi bila tiba hari pertandingan, banyak jugaklah gol yang aku terlepas. Serius kecewa & sedih. Dahlah sakit tangan tepis bola. Bila ingat adik aku cakap, semangat aku tinggi, aku pun kena kuat. Tapi, selalu kena perbetulkan niat balik, kita bersukan sebab nak sihat, nanti badan sihat, senang nak beribadah kepada Allah. Jangan asyik nak fikir menang je.

Masa lawan dengan 3rd year students, kalah. Lawan dengan final year students pun kalah. Tapi at least kitorang dapat 3 gol, hehe :) Masa lawan dengan 1st year student, barulah seri satu sama. *macam lagu Adam la pulak, seri satu sama ni, hehe.. Sempat lagi ingat Adam tuh.. :p

Masa yang last game tu baru aku semangat nak jaga gol tu. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab dah sakit hati dengan bola yang asyik nak masuk gol ut kot. Tapi tak jugak, masa last game tu, classmate yang masuk bola jaring tolong kitorang. Farah, Hajar & Yun masuk main. So, dari situ, dapat semangat dari diorang. Diorang ni memang atlet hebat uolls. Sebab tu netball team batch kitorang menang. Thanks korang! :)

Bola jaring
Ok, dah selesai kisah aku, sekarang sambung dengan games lain. Batch kitorang menang acara makan tembikai. No 1 uolls! Fyra, Mekna (GBM) dan Dibah memang hebat dan pantas habiskan tembikai tanpa menggunakan tangan! Sampai seluar Fyra koyak kat lutut masa melutut nak habiskan tembikai tu. Cayalah Fyra! Tahniah korang! :)

Dah ada yang pegang perut tu, lapar ke? hehe
Tembikai yang manisssss!
Pantas menghabiskan tembikai

Licin!
Sukan rakyat pun ada jugak, iaitu Galah Panjang. Aku kurang ilmu sikit pasal Galah Panjang ni, lepas tengok diorang main, bolehlah faham sikit2. Sebab masa kecik dulu, biasa main tingting, congkak & batu seremban. Tak main pun galah panjang, huhu..

Galah panjang

Keputusan OAC 2013 adalah:
JUARA : 1st year students
NAIB JUARA : 3rd year students
KETIGA : 2nd year student (We olls)
KEEMPAT: Final year students

Wakil kitorang, Dibah ambik hadiah
Secara keseluruhannya, objektif event ini tercapai. Ramai pelajar yang handal bersukan yang boleh mewakili Optometri UiTM dalam Malaysian Optometry Students Sport Event (MOSSE) 2013 akan datang. Boleh klik di SINI untuk kisah MOSSE 2011. :)

By the way, masa mula2 meeting pasal OAC ni, aku ada tanya, takde acara larian ke? Jawapannya, takde. Takpe, event lain yang akan datang nanti Insya-Allah ada larian ye Fatin.. :)

p/s: Entri ni Fatin selesa guna kata ganti nama 'aku', halal je la ye.. ;)

6 comments:

  1. Sedapnyer tembikai tueee......
    huhuhuhuhuhu
    COngratz number 3!! XD

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yup, badan sihat, otak cerdas, jom bersukan! :)

      Delete
  3. fuiyoo orang kuat bersukan, haha Tahniah menang !

    ReplyDelete