Monday, April 01, 2013

Pelajar punya printer punya cerita




Tajuk memang tatabahasa entah ke mana..
Actually nak samakan bunyi 'ter' dengan bunyi 'ta' tu.. walaupun tak berapa nak sama.. ;)

Ok, setelah hampir 2 tahun belajar di uni, barulah aku membeli sebuah printer untuk print segala lecture notes..

Sem 1 hingga sem 3 dulu, aku print kat kedai print dekat kolej dan kalau malas nak turun, just print kat bilik orang yang menjalankan perkhidmatan print.

Actually dari dulu lagi memang nak beli, kawan2 dah beli, aku tak terbeli-beli jugak. Cadangnya nak tunggu abang belikan. Ye lah, bab IT ni semua aku serahkan kat abang. Nak beli laptop dulu, cari abang. Nak beli handphone baru hari tu pun, cari abang. Abang pun membawa adiknya yang comel ini ke Plaza Low Yatt beli apa yang aku minta. Abang is my hero! *eh, tetiba :p

Nak dijadikan cerita, sem ni, Fadh ajak aku beli printer Plaza Alam Sentral Shah Alam. Kitorang pergi sekali dengan classmates. Aku, Fadh, Mekna, Syamerra & Ani. Btw, hari tu birthday Mira, so kira keluar berjalan celebrate birthday la ni. :) Tapi sebelum beli printer, kitorang jalan2 kat PKNS dulu, beli barang keperluan & shopping sakan sikit setelah duit biasiswa dah masuk. ;)

Syamerra, Fatin, Shazana, Fadhilah, Ani
Tapi aku tak beli banyak pun. Aku just beli white coffee 3-in-1, solution for contact lens dan printer. Entahlah, idokler ada mood nak bershopping.

Aku dan Fadh beli printer biasa, cukup untuk print. Tapi beli jenis printer yang dah modified, ink kat luar, sebab jimat dan senang nak refill.

Sementara tunggu Ani & Mira sampai ke kereta
Malam tadi aku baru berkesempatan nak tengok printer kesayangan tu. Selepas install, cuba print. Print lesson plan untuk subjek Ocular Pharmacology. Then, tetiba terdetik untuk print gambar orang2 tersayang. Sebab sepanjang aku kat uni aku belum menampal gambar family kat meja study macam kat asasi dulu.

Maka, aku pun mencari gambar & print. :)

<3 Family & V.I.P
Ok, sampai di sini sahaja coretan aku. Minggu depan ada dua test menanti. Binocular disorder & Ocular Pharmacology. Need to study smart. Ya Allah, permudahkan urusanku & rakan2 ku dalam menghadapi ujian minggu depan dan seterusnya, amin..

Kepada korang di luar sana jugak, Fatin doakan korang juga dipermudahkan urusan, amin..
Thanks singgah! :)

p/s: Pergi Plaza Alam Sentral, teringat memori tengok V.I.P perform kat Muzik2 dulu.. :) 

V.I.P @ muzik2 dalam percalonan lagu Kemarau tahun lepas

6 comments:

  1. syoknyer dpt printer baru tu... hehe

    ReplyDelete
  2. fatin! sama lah kita first print pon print lesson plan OP hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke, hehe, untung lesson plan OP di'print' guna printer baru.. :p

      Delete
  3. selamat berstudy ye..bestla dpt printer baru ye..

    ReplyDelete