Wednesday, February 27, 2013

Percaya Kawan

Pernah tak kawan korang tak percaya apa yang korang cakap?
Ke korang yang tak percaya apa yang kawan korang cakap?

Ada satu situasi:

Si A dan Si B berkawan baik. Mereka juga berkawan dengan si C.
A dan B memohon untuk menjadi sukarelawan untuk satu event buat kali kedua.
Permohonan itu dihantar melalui emel.
Setelah result keluar, Si A berjaya manakala Si B tidak berjaya.
Si B memberitahu Si C untuk check semula kerana Si C merupakan AJK event tersebut.
Tetapi Si C tidak menjumpai borang Si A.
C bertanya kepada B sama ada A hantar atau tidak borang.
B pun tanya kepada A soalan yang sama.
A terkilan sebab mereka tidak percaya yang dia sudah hantar borang.
A tanya B, "Kenapa tak percaya ke kita dah hantar borang? Saya dah check sent email folder, memang saya hantar, huhu.."
B kata dia percaya tetapi C yang kata dia sudah check banyak kali tetapi tak jumpa jugak...

Apa kata anda?
Mungkin borang A sudah ditapis awal2 dan tiada dalam senarai borang yang C check tu kan?
Lebih baik bersangka baik dan fikir positif la kan..
Tetapi tetap rasa terkilan sebab kawan sendiri tidak percaya kawan.
Mungkin bagi anda hal ini nampak remeh, tetapi bagi saya kalau kawan sendiri tak percaya kita, siapa lagi nak percaya kita kan?
Nasib baik ini bukan kawan karib, kalau kawan karib buat macam ni, mesti menangis tak berlagu kan?
Apa pun, berbuat baik kepada kawan2 kita, bersangka baik dengan mereka dan memaafkan kesalahan mereka. :)


Thanks singgah! :)

p/s: Dah macam pakar motivasi pulak dah rasa entri ini.. hehe

No comments:

Post a Comment