Monday, March 04, 2013

Jalan-jalan Makan-makan

Sepanjang cuti semester lepas, Fatin memang banyak mengisi masa lapang dengan keluar berjalan dengan kakak terchenta dan anak buah yang tercomel. Kalau dah berjalan, bershopping, haruslah mengisi perut ye tak? Jadi, entri ini telah mengumpulkan segala makanan yang tak ter'update' dalam blog ini.


Baiklah, bersama saya Nurfatin, pengacara anda dalam rancangan Jalan2 Makan2 (JJMM) episod 2 pada hari ini. :p
Feeling2 pengacara jap uolls! :P

Bermula dengan Tony Roma's kat e@Curve. Mula2 nak makan meatball kat IKEA, tapi ramai giler orang. Nak cari tempat pun memang susah, orang ramai pulak beratur panjang. Walaupun agak sedih tak dapat makan setelah lama kempunan, kakak ajak ke Tony Roma's untuk mengubat duka. Duka la sangat kan, hewhew.. Ini 1st time kitorang makan sini.

Kakak memilih Lamb rib kerana dia sememangnya penggemar daging kambing manakala Fatin memilih Beef Short Rib. Konon2 pilih yang short rib ni nak makan sikit je la kan. Bila sampai ke meja, ok, besarrr punya! Kenyang tak payah cakaplah. Rasa penuh sampai ke tekak makanan tu, hewhew.. Air pun gelas besar, nasib baik order satu gelas iced lemon tea.

Lamb rib


Beef short rib

Dua minggu lepas tu, baru dapat makan meatball yang fofular di IKEA tu. Sebab pergi weekday. Ok, walaupun duduk kat kotaraya Kuala Lumpur ni, inilah 1st time mejejakkan kaki ke IKEA ni. Sebab memang sangat jarang keluar sampai ke area Damansara ni. Lagipun tak pernah try naik public transport pergi sana. Kak Ida yang balik Aussie rajin berjalan so Fatin pun ikutlah sekali sambil tengok2 Fedora bila dia shopping! :)


Selama ni, asyik tengok gambar kawan2 upload gambar meatball kat fb, sekarang saya pun boleh! :p
Meatball and fries memang sedaaap hingga menjilat sudu garpu dan mengenyangkan! :)


Seterusnya kita ke Empire Shopping Gallery di Subang. Yes, Empire ini pun 1st time jugak kami jejakkan kaki. Selama ni just lalu kat highway dan tengok je bangunan yang mempunya reka bentuk yang cantik, menarik dan tertarik itu. Kitorang jalan2, kakak pulak dah target Pavlova kat Serai. So, kitorang pun rasalah Pavlova yang dikatakan sedap itu. Yup, memang sedap!



Cuaca yang panas terik sesuai untuk kita menyejukkan tekak dengan Tutti Fruitti. Kami memilih branch Tutti Fruitti berdekatan dengan Wangsa Walk Mall.


Menuju ke PKNS Shah Alam pulak, kali pertama Fatin makan Kyros Kebab. Selalunya makan kebab roti pita pasar malam je, huhu.. Ok, Fatin makan Chicken Tandoori wrap. Sedaaap! Dagingnya sangat lembut dan cukup rasa.. Kakak makan Kebab with fries.

 Kyros Chicken Tandoori Wrap


Akhir sekali, Fatin ingin kongsikan makanan kegemaran Doraemon, iaitu Dorayaki. Kami pergi ke Jusco Bukit Tinggi, Klang. Menurut kakak, Jusco Bukit Tinggi adalah Jusco terbesar di Malaysia. Setelah Fatin google, Jusco ini juga merupakan terbesar di rantau Asia Tenggara. Wah!!!


Ok, berbalik kepada cerita Dorayaki, kami telah membeli perisa coklat, kaya dan blueberry. Dan Fatin telah menetapkan bahawa perisa kaya yang paling sedaaap!! :)

Doraya..ki *sebut guna nada lagu Doraemon*

Baiklah, masa mencemburui kita, kita jumpa lagi dalam episod seterusnya yang tidak tahu bila waktunya. Kak Ida sudah berangkat ke Australia bagi meneruskan pengajian masternya di Adelaide. Maka, episod seterusnya memang lambat lagi..huhu

Akhir kata, MAKAN UNTUK HIDUP, bukan hidup untuk makan.
Terima kasih kerana sudi menemani saya hingga ke akhir entri. :)
Bye, nak sambung makan! :P

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Surah al-Baqarah: 168


p/s: Tau tak berat naik berapa kilo cuti ni? -.-

10 comments:

  1. yummmy meleleh air liur....sedap nye

    ReplyDelete
  2. Wah macam2 jenis makanan, Ida pun tak pernah try meatball ikea lagi :)

    ReplyDelete
  3. habis la berat la perut kalau makan je keje haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bukannya makan bnyk2 dalam satu pun.. satu hari satu menu.. :p

      Delete
  4. sedapnye, tengok je la mampu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bila2 free boleh pergi mana2 tempat yg tertera di atas.. :p

      Delete
  5. meatball tu sedap..wah kecur air liur ni..hehe

    ReplyDelete