Sabtu lepas Kak Ana buat kenduri kesyukuran sempena rumah barunya. Di samping itu, diadakan bacaan yasin dan tahlil kepada arwah atuk, opah dan nenek. Menu utama pada hari itu adalah Nasi Beriyani lauk daging dan ayam manakala menu sampingan pula bihun goreng, sate kajang Haji Samuri, kuih-muih, buah-buahan, blueberry cheese tart, agar-agar dan air anggur.
Fatin mula2 haruslah 'serang' nasi beriyani dulu! Then, makan sate dengan kuah kacang haji samuri yang sedaaap hingga menambah sate tu..
|
Sate Kajang Haji Samuri |
|
Bihun goreng |
Then, teruskan dengan dessert yang betul2 pencuci dan pemanis mulut. Agar2 cendol yang memang sodap, dipadankan lagi dengan blueberry cheese tart yang super sodap, membuatkan senyumanku bertambah manissss! :p
|
Blueberry cheese tart |
|
Agar-agar cendol & kuih kole kacang |
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kata kakak, ramai saudara-mara yang hadir memeriahkan rumah baru kakak. Pemandangan kotaraya Kuala Lumpur dapat dilihat dari rumah kakak. Nanti bila tahun baru, boleh tengok pesta bunga api dari rumah. Ada sekali masa tahun 2011, kitorang datang rumah kakak sebab nak tengok bunga api. Then, ingat lagi sebelum tu, tengok performance V.I.P kat tv.
Rindu V.I.P yang dulu :(
|
KLCC dan KL Tower |
|
Tengok pemandangan ke, tengok masa depan? hehe |
Dekorasi rumah kak ana nampak simple & cantik! Tengok kak ana ada rumah, tak sabar pulak nak decorate rumah sendiri, hehe ;)
Terima kasih kak ana dan abang fendi atas hidangan yang enak, lazat dan sedaaaap! :)
p/s: Rumahku syurgaku..
perghhh... lapar la pulak tgk gmbr2 tu sume.. hadoii... nk satay!! haha :p
ReplyDeleteapa lagi, pergilah beli satay! ;)
Delete