Assalamualaikum, bertemu lagi ni kita dalam episod 9 untuk Jalan2 Makan2 (JJMM) bersama saya! ;)
Alhamdulillah, sem 7 dah selesai dengan jayanya, so segala
tugas2 dan jawatan pun perlu dilepaskan bermula semester depan. Sebelum
melepaskan tanggungjawab yang dah digalas selama setahun, jom kita raikannya walaupun
belum lepas secara official lagi, hehe ;)
Sebelum tu, entri ni ditujukan khas untuk GBM yang juga Exco
Media OPTIMIST yang tak dapat hadir kerana ada komitmen lain di Terengganu. Dan jugak
buat semua ahli OPTIMIST yang lain. Segan je bila dah ramai bercerita pasal
blog yang tak seberapa ni huhu.. *tutupmuka*
Majlis Tertinggi OPTIMIST (Optometry Students Association)
pun mengajak semua MT & Exco dinner kat Umang Umang BBQ & Steamboat, Kg. Bukit Kapar. Dekat je, lebih kurang 15 minit dari UiTM Puncak Alam. Details tempat jangan
tanya, sila google, sebab iolls idokler tau selok belok laluan kat Puncak Alam
ni, yang iolls tau naik bas Rapid KL U90 je haha :p
Fatin, Mira & Kira sampai dalam kul 6.45pm. Sampai2 dah
ada member2 lain yang dah sampai. Yang pasti kitorang je yang ada kat situ,
meja lain kosong lagi. So kitorang macam kedai sendiri lah kan. Fatin pun senang nak snap gambar dari
setiap sudut. Tak payah nak segan2 curik2 snap gambar.
Walaupun sebenarnya ada sedikit segan dengan
staf situ, teringat my sis merangkap my sifu dalam dunia blogging ni pesan,
kalau owner or staf tu pandang pelik, cakap kat dia,”Saya blogger, nak masuk dalam blog.” Nanti automatik orang tu posing terus haha, itu pesan my sis sebab
masa dia snap gambar kat satu restoran tu, chef tu siap posing dah sambil masak,
amek kau, hahaha “thumbs up*
Rasa macam baru je makan steamboat, memang baru pun, kurang
sebulan yang lepas di KL Steamboat Station. *sempat promote* Tapi hari tu berempat je, ni berpuluh orang, meriah lebih
sikit la kan :D
Berkaitan dengan harga, untuk selasa malam, ada ladies night, so special price for ladies only RM19.90. Gentlemen harga biasa RM23.90. Kanak2 6-12 tahun pulak RM10.90. Untuk tempahan boleh call 01128169501.
Berkaitan dengan harga, untuk selasa malam, ada ladies night, so special price for ladies only RM19.90. Gentlemen harga biasa RM23.90. Kanak2 6-12 tahun pulak RM10.90. Untuk tempahan boleh call 01128169501.
Operation hours :
Mon - Wed: 6:30 pm - 11:00 pm
Fri - Sun: 6:00 pm - 11:00 pm
Okay let’s the pictures talk!
Sementara menunggu yang lain sampai |
My cute junior |
Dalam banyak2 sos ni, Fatin suka black pepper sauce! |
Pilih jangan tak pilih, weolls pilih kuey teow! |
Pilih sayuq mana nak, boleh campuq |
Bebola |
Sayur yang segarrr |
Leafy vegetables |
Air sejukkk |
Air panas pun ada |
Overall makanan okay, segarrrr dan sedap hingga menjilat chopstick hahaha!
1st Round |
Kek simbolik perpisahan T.T |
2nd Round |
Bersama penasihat OPTIMIST |
Dah kenapa muka cenggitu, itu namanya posing perut senak :p |
Last round, ice cream!!! My favourite! |
Korang boleh usha fb Umang Umang BBQ Steamboat for details or tengok muka korang kot kot termasuk dalam tu lepas korang dah datang situ :p Fully recommended sebab harganya yang sangat berpatutan dengan kekenyangan yang anda peroleh :)
U should be here! |
Di kesempatan ini Fatin nak ucapkan jutaan terima kasih atas
kerjasama dari semua pihak terutamanya
Ketua Jabatan dan Penasihat OPTIMIST atas kebenaran dan tunjuk ajar dalam
aktiviti sukan yang dianjurkan mahupun disertai. Optometry AthleticChampionship 2014, Festival Mega Sport of Health Sciences 2014 dan MalaysianOptometry Students Sport Event 2014. Semua Fatin list kat sini, boleh click for
details *sempat lagi promote*
pic credit to Tasha |
Minta maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa, diam
seribu kata, maklumlah cik paten ni mulut susah nak bukak sikit, melainkan ada
hal penting untuk dibicarakan hehe…
Tapi dalam blog bercerita pok pek pok pek macam murai, entri
tak sah kalau tak panjang, haha :p
Majulah sukan untuk OPTIMIST!
All the best for the next apprentice :D
Okay nak sambung baca jurnal, siapkan final year project, bye!
Okay nak sambung baca jurnal, siapkan final year project, bye!
komitment lain ler sangat. padahal xthn dah nak balik kg sndiri. muehehe.
ReplyDeletehaha, komitmen la tu, komitmen keluarga, hehe ;)
Delete