Majlis perasmian diadakan pada hari jumaat di Iacle, iaitu ruang rasmi kami oleh ketua jabatan optometri, Sir Mursyid. Majlis ini turut dihadiri oleh pensyarah, staf dan semua pelajar optometri. Kami dibahagikan kepada beberapa group, dari group A sampai L. Dalam group masing2, kitorang kena fikir nama group & cheers. Kali ni aku group J, JUARA. Kalau nak tau, group aku juara ke tak, next entry eh, hehehe..
Group yang awesome :
A - Authentic
B - Bananana
C - Champion
D - Dimension
E - Emergency
F - Fear Factor
H - Hebat
I - Inception
J - Juara
K - Kami
L - Loli
Selepas selesai perasmian dan ice breaking, majlis diakhiri dengan minum petang dan bersurai. Malam pulak sesi packing barang untuk camping keesokan hari.
Keluarga optometri 2013 cc: Wan Nor |
Kami tiba di Photon Valley lebih kurang selepas sejam setengah perjalanan. Sampai sana terus letak beg & minum pagi.
Then, kami masuk ke dorm untuk simpan beg dan bersedia untuk jungle trekking. Satu bilik 4 orang, ada 2 katil double decker.
Jungle trekking ikut group yang telah dibahagikan semalam. Ketua jurulatih briefing sebelum bertolak ke hutan. Katanya kat situ ada banyak makhluk halus. Ada dewasa & kanak2. Yang dewasa tu, diorang dah buat perjanjian supaya jangan kacau. Tapi biasalah, yang kanak2 tu nakal sikit, suka jugak kacau. Ketua jurulatih tu kata, kalau mampu lawanlah. Semua muka serius giler, dah start cuak.
Sambung ketua jurulatih tu lagi, kalau nak lawan, boleh, tapi guna dua tangan, jangan guna satu tangan. Makhluk halus tu ialah NYAMUK! Semua lega & ketawa, muahahaha, semua tertipu, termasuklah aku.. Aku siap cakap dengan Fadh lagi, kalau pasal gangguan ni, boleh refer kat Adam. [entri Pusat Rawatan Adam AF] Tapi semua makhluk tu wujudkan, tak dinafikan, sebab jin dan manusia juga adalah hamba Allah.
Sebelum jungle trekking |
Setelah lebih 1 jam jungle trekking, akhirnya sampai jugaklah di garisan penamat iaitu air terjun. Nampak je air terjun tu, hilang segala penat lelah meredah tadi. Ok, itu tipu, tak hilang pun penatnya, cuma lega sebab kaki pun dah lenguh.
Menikmati keindahan alam, bunyi air terjun mengalir dan kesejukan airnya sangat mendamaikan, tetapi suasana itu hanya sekejap je apabila kedengaran suara orang menjerit' "PACAT!" Spoil the mood betullah, hahaha..
Orang bergambar dengan kawan2, aku bergambar dengan pengiring2 |
Setengah kemudian, turunlah semula ke Photon Valley. Tapi dalam perjalanan tu, hujan lebat. Hmmm, lepas mandi air terjun, mandi air hujan pulak.. Takpe, mungkin hujan rahmat..
Aktiviti petang diisi dengan game Super Spontan, segmen soal menyoal, yang macam kat Astro Warna tu. Soalan mesti dijawab dengan soalan, kalau dijawab dengan jawapan, kalah. Semua memang terhibur dengan game tu, gelak sakan tengok gelagat peserta.
Berehat di tepi swimming pool |
p/s: Teringat pulak camping kat Teluk Batik masa 1st year..
hoho.. besnyer orientasi dia.. kami kat sini ketua program x approve.. btw, ramai ke jr tahun ni?
ReplyDeletehehe :) jr kami 31 org. jr ukm pulak bpe org?
Deleteeh dulu saya budak palam gak ! asasi lah i mean, tapi dah kena tendang ngan uitm lah, sobs sobs
ReplyDeletesy pulak asasi UM, tp kena tendang dgn UM.. sama la nasib kita.. xpe, lain tempat bnyk pengalaman :)
Delete