Malam ukhuwah. Start dengan BBQ diikuti persembahan dari pelajar optometri.
Makan banyak ni pun dah kenyang.. |
Bollywood |
Malaywood |
Hollywood |
Persembahan yang terbaik adalah daripada pelajar final year. Dikir Opto. Semangat betul diorang perform. Ada macam2 gelagat antara mereka. Yang pasti, semua terhibur. Lirik dikir diorang pun memberi kesan. "Kita sama level, gomo opto gomo!"
Dikir Opto |
Then, separuh daripada kami buat flying fox, separuh lagi aktiviti rakit. Group aku berflying fox dahulu, berakit kemudian. Tapi bukan rezeki kami, ada pokok tumbang kat tempat flying fox yang asal, so guna tempat yang lain. Tetapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, hanya beberapa dari kami sahaja yang berpeluang flying fox. Yang lain jadi supporters je termasuklah aku. Nasib baik dah pernah flying fox masa camping anjuran mrsm dulu.
Ada yang guna pendayung, ada yang guna buluh untuk dayung. Dayung yang aku dapat tu, pendek. Lenguh giler nak mendayung. Dah tu pulak, rakit kitorang tak tentu arah. Berlanggar dengan tepian, tolak balik ke tengah, dayung balik. Kat kolam tu jugak ada jambatan gantung yang rendah, so bila nak lalu bawah jambatan tu, kena baring or tunduk. Mencabar sungguh.
Ada group sebelum tu, sibuk mengelak jambatan sampai terlepas buluh yang dipegang. Dah terapung buluh tu. Kawan2 pulak kena pergi ambik balik buluh yaang hanyut tu.. Ada jugak yang orang yang terjatuh, terpaksa berenang ke tepian. Seperti kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang renang ke tepian.
Masa sampai kat penamat tu, bisep & trisep terus sakit giler. Serius tak tipu. Rasa nak nangis pun ada. Kemain aku mendayung, tapi tak warm up before berakit tu, kan dah kena..
Senyum sambil menahan kesakitan kedua-dua belah tangan |
Tak tahu apa motif tabik hormat ni, pelajar opto tamat latihan camping kot :p |
Petang pulak majlis penutup & penyampaian hadiah. Sir Saiful memberi ucapan & tips kepada kami.
Antara dalam ucapannya adalah tentang 3 jenis orang iaitu QUITTER, CAMPER and CLIMBER.
Quitter jenis orang yang cepat mengalah dalam menyelesaikan masalah.
Camper orang yang cuba selesaikan masalah, tapi berhenti di tengah jalan.
Climber pulak jenis orang yang tidak mudah menyerah kalah, berfikiran positif
dan terus maju ke hadapan.
Ayuh jadi CLIMBER!
Details boleh rujuk SINI. (blog itu dipilih random dari google)
Seterusnya, majlis penyampaian hadiah. Setiap group dapat anugerah yang tersendiri.
Senarai anugerah :
Group paling gempak : Dimension
Group paling happening : Bananana
Group paling poyo : Champion
Group paling nakal : Emergency
Group paling tabah : Inception
Group paling sporting : Hebat
Group paling baik : Authentic
Group paling sopan : Juara
Group paling sweet : Loli
Group paling cool : Fear Factor
Group paling redha : Kami
Group Juara dapat group paling sopan okay.. Chewah.. Sopan angat! :p
My classmates yang awesome :) |
Sedih sebab tak sempat nak gather satu group J untuk bergambar.. T.T
Harapnya ukhuwah yang terjalin tidak terhenti di sini.
Macam mana kita tegur sapa, bekerjasama,
macam itulah kita nanti bila berjumpa di lain waktu dan tempat. :)
p/s: Some pics credit to Shazana, Syamerra, Izzat & Wan Nor. Thanks! :)
bestnya... lama dah tak ikut aktiviti camni. yg last pergi pun cameron dgn kwn2. tapi lebih best kem macam jati diri camtu. lagi mencabar. tapi still... dpt experience. yg tu nak. grab the experience and be our memories.
ReplyDeletebtw I come here to BW from http://nikainaa.blogspot.com/
yup, betul3.. thanks 4 viewing :)
Delete