Monday, September 17, 2012

Selamat Pengantin Baru Abang! :)

Selamat pengantin baru,
Selamat sejahtera,
Selamat ke anak cucu,
Selamat sejahtera..

15 September lepas, abang selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya dengan hanya sekali lafaz. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kini, Fatin sudah mendapat kakak ipar! :)


Masa sebelum akad nikah itu, tetiba Fatin terbayang diri sendiri dalam keadaan macam itu suatu hari nanti.
Tapi pengantin lelaki takde muka.. haha.. :p *sebab xde calon*


Sebelum bercerita tentang abang, haruslah bercerita tentang Fatin dahulu.. #eh! :p
Takde nak cerita apapun, just nak bagitahu, Fatin turut bawak dulang hantaran je. 
Ok sudah.


Abang saya kelihatan lebih kacak daripada biasa pada hari perkahwinannya.. hehe.. 
Kak Ita pun chantek! Kata orang, bagai pinang dibelah dua!
Adik abang pulak haruslah lebih fatin daripada biasa! *fatin = cantik*


Ok, sekarang nak cerita pasal hantaran. Hantaran untuk pihak perempuan digubah sepenuhnya oleh kakak sulung. Kak Ana menggunakan warna kegemarannya iaitu Purple&Pink. 


Yang paling menarik menjadi perhatian adalah KEK.
Kek untuk pihak perempuan adalah bentuk ipad.


Untuk pihak lelaki?
Kek yang penuh zat besi bak kata abang.
Ni ha, rupa keknya..

Ambik kau, 60 Kg! Kau ada? :p

Kek ini membuatkan ramai yang tertipu. TIPAH TERTIPU bak kata ruffedge.
Dah dua orang dewasa cuba mengangkat dumbbell itu. Nasib baik tak rosak kek itu. ;)

Majlis resepsi pula diadakan sebaik sahaja selesai majlis akad nikah. 


Sebelum itu, pengantin diminta untuk menabur gula2 untuk kanak-kanak. 
Kanak-kanak dengan pantas mengutip gula-gula yang ada.. Ambik jangan tak ambik!


Makan beradab
Purplicious

Mereka sudah selamat mendirikan masjid...


Insya-Allah KAMI adik2 bakal menyusul.. 

Kakak, adik perempuan, adik lelaki
Btw, Fatin puasa hari itu. 
Last day puasa enam. Actually nak puasa hari ahad, tapi ada larian pulak. Tapi dapat pengajaran, lain kali nak puasa enam, puasa awal2. Jangan tangguh2.. 
Bukan apa, hari itu, seminggu raya, 4 hari kursus dan diikuti dengan uruskan orientasi.
Lastly, tinggal minggu last syawal.. huhu

Last but not least, Fatin sangat gembira melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah pengantin. Walaupun, ada sedikit kesedihan kerana 'kehilangan' satu-satunya abang yang Fatin ada.
Takpe, abang2 V.I.P kan ada.. #eh! :p
*abang long sorang tu bila lagi.. birthday dia lusa.. hehe*

Pada hari itu juga, sepatutnya Fatin pergi camping dengan pelajar optometri di Perak.
BUT, family comes first.
:)

Tak sabar nak tunggu majlis bertandang di tempat kami pulak.. :)

p/s:
Pesanan penaja kepada Fatin, belajar sampai habis baru cari calon.. ;)
Ya Allah, kurniakan aku jodoh yang terbaik.. amin..

2 comments: