Bersama saya lagi, Nurfatin untuk Jalan2 Makan2 episod 3! :D
Selepas menghadiri 3 slot konvensyen bidadari pada 1 september, maksu ajak pergi makan tengah hari. Maksu suruh pilih nak nasi ayam or steak. Sebab dah lama tak makan steak, haruslah pilih steak! Maksu kata dia pun belum try lagi steak kat situ. Kat mana? Wadihana Islamic Steak House.
Staf kat situ semua lelaki. Mesra pelanggan. Masa tu perut dah lapar, tunggu dengan penuh kesabaran.
Maksu order iced lemon tea. Aku order fresh mango juice. Maksu komen x cukup lemon. Aku pulak kurang manis, tapi elok la kurang manis kan, baik untuk kesihatan. Idokler gambar air tak ambik, kehausan sangat sampai lupa, hehehe..
Then, appetizer tiba. Cendawan goreng tepung. Sedap giler! Ada cheese! Serius sedap tak tipu. Aku dengan laju nak telan, dah la panas baru goreng, kena makan perlahan-lahan..
Next, caesar salad. Aku ni tak berapa suka makan sayur. Sayur2 terpilih je, hehe.. Tapi salad tersenarai dalam carta sayur terpilih aku tu. Itupun makan dengan nasi ayam or laksa. Tapi yang caesar salad ni, pergh, serius sedap! Dengan mayonnaise & bahan2 lain yang aku tak tahu nama.. Tak pernah2 aku makan salad cenggitu, boleh aku makan tanpa ragu2 lagi. Saladnya segar okay! Thumbs up!
Seterusnya, sampailah menu utama yang ditunggu dari mula. Maksu order lamb chop. Maksu kata sedap.
Aku order Beef Steak. Aku tak ingat nama penuhnya sorry ye, hehehe... Bagi aku, dagingnya agak liat sedikit, aku dengan gigih memotong daging sampai lenguh2 tangan. Tapi sayurnya lembut, dan yang penting kubis bunga, broccoli & carrot juga termasuk dalam sayur terpilih aku, hehehe.. Kuahnya pulak sedap, tapi agak terhad. Aku rasa kalau tambah sedikit lagi, okay. :)
Maksu kata, ni kira belanja makan sempena birthday (2september) la ye..
Aku pun tersenyum tersipu malu, hihi.. :p
Terima kasih maksu! :)
Apapun, alhamdulillah, perut kenyang. Licin pinggan semua okay! Takde satu pun yang tertinggal. Prinsip aku kalau makan, makanan mesti dihabiskan dan air mesti tinggal gelas kosong or ais je.. Tak elok membazir, amalan syaitonirrojim..
Oh ya, Wadihana Islamic Steak House ni ada 2 cawangan. Yang kitorang pergi ni kat Bangi, cawangan lain kat Setapak. And kat Bangi ni jugak ada Sajian Wadihana Islamic Kitchen.
credit to fb Wadihana Islamic Steak House |
So bagi korang yang terliur tu, korang boleh la tengok2 kat
or
By the way, lepas tengok fb Wadihana Islamic Steak House, baru aku tau restoran ni pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Patutlah, sedap! :D
Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan;
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Surah al-Baqarah: 168)
ok. lepas ni nak mitak cik fatin plak blanje kite steak sempene bday kte. hihik
ReplyDeleteamboi GBM.. klu dah kerja nanti boleh la, sekarang ni idok mampu lagi, hehe ;)
Deletemenariknya,, yeee sokong GBM, fatin kena belanja haha :D
ReplyDeleteehem2, sokong GBM ye, ok kte belanja, fadh bayar, hehe :p
Deletemahal makanan sini walau rasa biasa biasa -__-
ReplyDeleterasanya not bad, harga boleh tahan, sekali sekala boleh la :)
DeleteHi...saya pun baru jer upload pics masa makan kat sini di www.blogmakanbest.blogspot.com
ReplyDeleteSenang2 tu singgah le yer....blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe
done singgah :)
Delete