Showing posts with label Olen. Show all posts
Showing posts with label Olen. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

A goodbye to our beloved cat, Olen

A goodbye to our beloved cat, Olen..

9 Julai 2012, 11.48 malam
Tengah study pathology, tetiba Alia (adik) call. "Kak tin, Olen dah takde..
(sambil nangis).
"Sure ke? Sure ke???" Fatin tanya banyak kali kat Alia.
"Aah, mak pegang dia tak gerak dah.." balas Alia.
Fatin dah dengar suara alia macam tu, Fatin terus menangis.. :'(
"Tak pe lah, nak buat macam mana.." 

Habis call. Terus menangis. Actually, tak pernah rasa sedih sebab kucing mati. 
Ini 1st time sebab 1st time my family bela kucing.

Actually, kakak, Hidayah yang start bela dia. (SINI) 
Tapi sekarang kakak ada kat Australia tinggal stay sana.

Fatin balik rumah weekend lepas, tengok keadaan Olen lemah je..
Macam sekali hari tu, tak nak makan, tak nak minum.
Dulu vet check Olen, vet kata dia ada penyakit hati.
Then, lepas tu dah ok.

Yang baru ni, vet kata dia demam.
Vet datang hari sabtu petang sebab dua hari Olen 'lari' dari rumah. 
Puas cari tapi tak jumpa. Then, Olen balik pagi sabtu.

Masa Olen balik tu, kaki dia kotor, entah mana Olen berjalan..
Fatin sempat cuci luka kat bawah mata dan mulut Olen, lap kaki dia..
Masa tu, Olen dah start mengiau.. 
For your information, Olen ni memang susah sangat nak keluarkan suara dia..
Selama 5 tahun kakak & kitorang bela dia, sekali dua je dia mengiau..
Btw, lupa nak record suara dia mengiau.. :( Merdu la jugak..

Tak sangka itu 'tanda' Olen akan pergi.. :(

Di sini ada beberapa gambar Olen yang Fatin nak post di fb, tapi tak berkesempatan.. 
Tapi ini gambar sebelum dia 'pergi'..



Kini tiada lagi.. :(

Yang pergi tetap akan pergi..
Kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan..
Kita juga perlu sentiasa bersedia kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan kembali..

Untuk mengisi masa lapang anda, boleh baca entri berkaitan Olen di bawah:


p/s:
Orang kata, kalau sekali kucing kita mati,
susah kita nak jumpa kucing yang SAMA..
betul ke?

Thursday, April 26, 2012

OLEN DAN CICAK


Kisah ni dah lama, tapi Fatin tak berkesempatan nak menaip. Maklumlah, ini blog Fatin, keutamaan diberi kepada kisah Fatin, kumpulan V.I.P dan optometri.. Olen jatuh nombor 4.. hehe.. :p

Olen ni dulu tak berapa sihat. Tapi selepas beberapa hari, dia menunjukkan tanda2 positif dengan makan ikan rebus. Kalau tak, memang tak terusik dia punya whiskas. Tapi minum air memang banyak. Sebab tu ‘jamban’ Olen penuh dengan air je. Buang air besar pun sikit.

Nak dijadikan cerita, Olen seperti biasa, ‘catwalk’ ke dapur mencari air. Kemudian, Olen ternampak seekor cicak di lantai atau dinding (Fatin tak pasti asal usul cicak itu). Fatin tengok Olen sedang ‘bermain’ dengan cicak. Kejap guna mulut, kejap guna kaki. 






Olen cuba untuk makan cicak itu tapi cicak tu macam masih bernyawa lagi. Tiba-tiba ekor cicak itu terputus. Olen bingung. Cicak ada di tapak kakinya tetapi ekornya bergerak-gerak. Fatin dah tergelak dah tengok si Olen itu.

  


Then, ekor cicak dah berhenti. Olen sekali lagi cuba untuk memakan cicak itu. Tetapi tak berjaya. Rasanya cicak itu kenyal dan Olen tak dapat kunyah. 


Fatin pun bawa whiskas Olen ke dapur. Mungkin Olen dah lapar. Apa Olen buat? Olen biarkan cicak tu, makan whiskas yang ada. Selepas itu Olen berhenti makan, dan cuba lagi makan cicak. Tetapi tidak berjaya jugak dan menyambung makan whiskas dengan berselera. 







Selepas makan, Olen minum air. 


Maka cicak itu terbiarlah di tengah jalan. Fatin pun buanglah cicak itu ke dalam tong sampah. Sebenarnya geli nak pegang cicak itu walaupun dengan tisu, namun gagahkan diri jugak. Tamatlah kisah Olen dan Cicak. Ok, bai.


Friday, February 24, 2012

Alhamdulillah.. Olen dah sihat!



Lebih kurang sebulan yang lepas, Olen (kucing) kurang sihat.
Tak makan langsung. Minum air je. Risau sangat.
Lebih kurang dua minggu keadaan Olen macam tu.
Kurus. Bila pegang boleh rasa tulang temulang.
Bila diangkat, ringan. Berat badan susut.

Bila beritahu kakak di Aussie, kakak call veterinarian.
Doktor tu datang rumah. Beri dua suntikan. Dah lupa suntikan apa.. ;)

Doktor bagi antibiotik 6 biji.
Dan vitamin untuk meningkatkan selera Olen.

Bau vitamin ni macam butterscotch.. sabar je lah.. ;)

Nak bagi ubat sebiji yang KECIK tu pun, ambil masa lebih kurang setengah jam..
Susah! Itupun Alia (adik) tolong pegangkan Olen.
Memang tak de bakat jadi doktor haiwan.. huhu

Itu cerita dulu.

Sekarang, alhamdulillah.. Dah SIHAT.. :D

Tanda2 Olen telah sihat:

1. Makan ikan rebus dan makan hariannya whiskas

2. Kelihatan bermaya.

3. Aktif melompat.
Lompat celah pagar rumah, lompat ke atas kerusi, lompat ke atas meja..

Olen lompat ke atas meja dan baring berbantalkan kalkulator..
Nak mengira ke Olen? huhu


4. Kembali aktif menangkap cicak

Olen tangkap cicak, cuba untuk makan, tapi tidak berjaya..
last sekali makan whiskas jugak..


Mak cik kata, "Dalam banyak2 kucing yang dia pernah jaga,
Olen adalah kucing yang PALING BANYAK MINUM AIR."
Fatin pun perasan jugak.
Sikit2 datang dapur minta air.
Sikit2 masuk bilik air cari air.

Ini bekas air di dapur, bekas air di dalam rumah Olen besar punya!

Petang tadi, veterinarian datang bagi suntikan vaksin.

Semoga Olen terus sihat dan cergas di masa akan datang.. Amin..

Sunday, November 20, 2011

Olen vs. Cowboy



Sesi fotografi bersama Olen ini dijalankan
apabila datangnya idea untuk mengganggu Olen. huhu..
Topi tu sebenarnya salah satu daripada 76 keychain dalam koleksi Fatin.
Disebabkan topi tu kecil, jadi Olen la yang boleh menggayakannya..
walaupun hakikatnya, Olen pun tak muat nak pakai.
Nampak elok pulak terletak atas kepala Olen..
Tapi Olen buat muka tak ikhlas pulak.
Hmm.. Ye lah Olen, sorry la sebab kacau anda.. ;)

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Wednesday, September 28, 2011

Ayam mengeram telur, Olen mengeram mangga?

Ada satu hari tu, keluar ke perkarangan rumah jap, nak pergi tengok Olen tengah buat apa. Then, tengok2, Olen tengah nyenyak tidur..

Tapi, pada masa yang sama, Olen, tidur sambil mengeram mangga.. Biasanya tengok ayam mengeram telur, tapi Olen selaku haiwan mamalia ni, peram mangga je la.. Sabar je lah, Olen ni..
Tidur satu hari nak dekat 24 jam jugak lah.. Tolak makan minum, buang air kecik, besar..

Mana lah tak obesiti.. huhu..

Btw, terima kasih lah Olen, tolong peram mangga muda tu.. Tak pe, kitorang boleh peram sendiri.. ;)

Then, Fatin terus ambil mangga tu dan utk dicuci bersih2.. :)

Thursday, August 11, 2011

Terima kasih Olen!

Terima kasih Olen a.k.a Siti Nur Olen!

Sebab beri kerjasama tak kacau orang tengah solat tarawih.. I mean Olen tak lalu lalang atau duduk atas sejadah masa orang tengah solat... Memahami betul... :)

Masa kami dah selesai witir, terus Olen datang dekat dgn ayah. Waktu tu Olen tengok muka ayah & atuk tengah berzikir. Comel sangat! Lepas tu mata berkelip-kelip... Maybe cuba menghayati kot...




makan tido, makan tido, mana tak obesiti... ;p

Tetiba teringat kat kucing kat Merbok dulu. Masa solat kat surau boleh dia catwalk sepanjang saf. Dah tak fokus nak solat. Lepas tu pulak, duduk baring kat mana-mana depan muslimah yang bertuah. Tapi kita kena faham, kucing itu binatang.. Kenalah sabar dan alihkannya ke luar..

Thanks for viewing my blog! :)

p/s: Kak Ida, pinjam gambar Olen eh.. ;)