Thursday, April 26, 2012

OLEN DAN CICAK


Kisah ni dah lama, tapi Fatin tak berkesempatan nak menaip. Maklumlah, ini blog Fatin, keutamaan diberi kepada kisah Fatin, kumpulan V.I.P dan optometri.. Olen jatuh nombor 4.. hehe.. :p

Olen ni dulu tak berapa sihat. Tapi selepas beberapa hari, dia menunjukkan tanda2 positif dengan makan ikan rebus. Kalau tak, memang tak terusik dia punya whiskas. Tapi minum air memang banyak. Sebab tu ‘jamban’ Olen penuh dengan air je. Buang air besar pun sikit.

Nak dijadikan cerita, Olen seperti biasa, ‘catwalk’ ke dapur mencari air. Kemudian, Olen ternampak seekor cicak di lantai atau dinding (Fatin tak pasti asal usul cicak itu). Fatin tengok Olen sedang ‘bermain’ dengan cicak. Kejap guna mulut, kejap guna kaki. 






Olen cuba untuk makan cicak itu tapi cicak tu macam masih bernyawa lagi. Tiba-tiba ekor cicak itu terputus. Olen bingung. Cicak ada di tapak kakinya tetapi ekornya bergerak-gerak. Fatin dah tergelak dah tengok si Olen itu.

  


Then, ekor cicak dah berhenti. Olen sekali lagi cuba untuk memakan cicak itu. Tetapi tak berjaya. Rasanya cicak itu kenyal dan Olen tak dapat kunyah. 


Fatin pun bawa whiskas Olen ke dapur. Mungkin Olen dah lapar. Apa Olen buat? Olen biarkan cicak tu, makan whiskas yang ada. Selepas itu Olen berhenti makan, dan cuba lagi makan cicak. Tetapi tidak berjaya jugak dan menyambung makan whiskas dengan berselera. 







Selepas makan, Olen minum air. 


Maka cicak itu terbiarlah di tengah jalan. Fatin pun buanglah cicak itu ke dalam tong sampah. Sebenarnya geli nak pegang cicak itu walaupun dengan tisu, namun gagahkan diri jugak. Tamatlah kisah Olen dan Cicak. Ok, bai.


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete