Thursday, June 16, 2016

Motorcycle accident




Assalamualaikum :)

Ahad lepas, aku accident masa balik kerja. Sepanjang bawak motor, ni first time accident. Semuanya berpunca dengan kecuaian diri sendiri. Lupa nak ikat tali helmet. Serius terlupa tanpa sengaja. Maka helmet tu pun terbang tanpa sayap ke belakang. Aku panik terus brek dan jatuh.

By the way, aku naik skuter masa tu, baru dua hari try bawak sebab motor ayah problem. Benda yang aku tak suka dengan skuter ni sebab bagi aku dia tak stabil, I mean kaki kita tak boleh nak tahan kiri kanan. Duk sopan santun letak kaki kat bahagian depan. Yup, memang orang kata perempuan elok bawak skuter nampak sopan seperti perempuan melayu terakhir. And skuter takde gear kan, press je laju mana nak. By the way, aku bawak max pun 80km/j je okay, hemah tak hemah :p

Tapi sebenarnya tak payah nak disalahkan skuter, jalan licin hujan, salahkan diri sendiri sebab lupa nak ikat helmet. Semua ni ketentuan Allah, Kun Fayakun. Masa dah jatuh tu, masa seolah-olah terhenti seketika. Betul ke aku ni accident? Habislah akuuu.. Lepas tu cepat2 bangun takut nanti ada kereta langgar dari belakang pulak, sebab malam kan. Lepas tu risau kalau ada sape terlanggar helmet yang dah terpelanting tu. Then ada brader moto depan aku patah balik tengok okay ke tak. Dia tolong kutip helmet. Then ada satu kereta stop depan aku. Brader ni tanya, "okay tak ni?" Aku masa tu pegang bibir aku sebab sakit sangat, tapak tangan aku penuh darah weh.. Scary giler tengok darah penuh kat tangan. Brader tu bagi segenggam tisu kat aku.

Brader tu tanya lagi, "boleh bawak balik rumah tak?" Aku masa tu blur. Nak call adik suh ambik ke? Nak balik sendiri ke? Masa tu tangan kanan aku cam terseliuh dan siku sakit woo.. Aku pun cakap kat brader tu, "macam tak boleh je, tangan ni sakit" Kau tahu jelah tangan kanan nak press minyak kan. Oh lupa nak bagitahu aku accident kat jalan nak menghala ke Aeon Wangsa Maju. So, cam jauh lagi nak ke rumah. Then, brader tu kata, "takpelah saya tolong hantar. rumah kat mana?" Taman Melewar. So aku naik kereta, brader tu bawak skuter aku, wife dia bawak kereta. Aku ada dengar wife dia kata, "Dah lama tak bawak kereta ni.." Aku terharu dengar, sanggup drive after a long time, untuk tolong aku. Padahal dia takde kena mengena pun dengan aku.

Aku bersyukur sangat sebab Allah hantarkan orang untuk tolong aku. Terima kasih sangat2 brader moto & husband and wife yang sudi tolong aku. Aku taktahu nak buat apa kalau kena takde orang tolong. Dahlah sakit, memang blur terus masa tu. Kalau aku dapat berfikir secara waras, aku akan stop moto kat tepi jalan and kutip helmet aku tu. Ni tak, terus emergency brake. Lepas tu pulak, skuter kan kaki dua2 kat depan, tak sempat nak tahan mana2 kaki dari terjatuh, maka landing baik punya kat atas jalan.

Sampai rumah aku berterima kasih kat diorang. Aku sempat ambik no fon diorang, untuk bagi penghargaan kat diorang kemudian hari. Buat masa tu, aku tak sempat nak hulur apa2 yang patut kat diorang. Aku tanya kakak aku, "kalau condition macam ni, boleh masuk wad ke?" Boleh tak aku berangan nak masuk wad hospital swasta, duk rehat2? Last aku masuk wad, masa aku darjah 4 kena demam denggi kat Hospital Selayang. Kakak aku kata, "Mana boleh, kalau teruk sangat baru masuk, tangan ada patah ke?" Takdepun, boleh gerak macam biasa. Sepatutnya kena syukur sebab tak teruk sampai warded, isk2 aku ni.. Maka aku duk rumahku syurgaku je :)

Then, kakak and adik aku bawak ke klinik untuk cuci luka. Aku nak doc perempuan kalau boleh, kakak aku dah try call banyak klinik semua doc lelaki. Sebab shift malam kot, ke takde kaitan hehe.. Dah takde choice, pergilah ke mana2 klinik kat Prima Gombak.

Masa accident aku tak nangis, walaupun sakit berdenyut-denyut kat siku & lutut, bibir berdarah tak berhenti. Walaupun cengeng, tapi aku nak rasa sedih tu tak, lebih kepada mood shock lagi. Tapi masa cuci luka, Luka kat dahi, batang hidung, bibir, dagu, siku dan lutut. Ya Rabbi, sakit giler weh, berjurai-jurai air mata aku kat situ. Teresak-esak menangis menahan sakit. Lagi2 kat bibir tu. Bibir aku cam pecah sikitlah, lepas tu doc bersihkan pasir2 yang termasuk dalam luka tu.. Omg aku taknak bayangkan dah.. T.T


Doc kata bibir ni luka dia cam besar, kemungkinan kena jahit dalam dua jahitan. Aku jerit dalam hati, "Taknakkk! Takuttt!" Aku tak pernah kena jahit lagi setakat ni. Tapi doc tu bubuh glue dulu untuk cantumkan luka tu. Esoknya baru dressing and tengok balik perlu jahit ke tak. Then doc bagi anti tetanus injection, ubat tahan sakit & ubat bengkak.


Hari seterusnya, alhamdulillah, bibir tu tak perlu jahit. Luka dah bercantum, bleeding pun dah takde. Doc bagi ubat antibiotik sebab takut nanti bernanah luka tu. Aku dapat MC dua hari, then dapat lagi satu hari. Tapi aku tak confident boleh kerja dengan keadaan macam tu. Aku wasap bos mintak extend cuti, then bos aku kata okay, jumaat kena masuk kerja, Okay huhu..

Semalam Ani my takaful advisor datang untuk settlekan hal ehwal claim semua. Kepada sesiapa yang nak sign up, boleh contact my bestfriend Ani, contact number ada kat bawah.


Hari ni aku rasa dah okay sikit. Luka pun dah kering. Dah boleh cakap dengan fasih, jalan pun kurang berdengkot dah. Cuma muka berparut tu aku kena selamber badak jelah, habis misi mencari jodoh aku tergendala eh hahaha :p Gurau jelah, bulan ramadhan ni, mohler misi mencari malam lailatul qadar. Semoga sembuh sepenuhnya sebelum raya, insya Allah.. Pengajaran yang aku dapat, jangan lupa ikat tali helmet! By the way, terima kasih atas perhatian dan doa2 kalian, my family, my bestfriends and all my friends.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.  
(HR. Bukhari)

No comments:

Post a Comment