Assalamualaikum :)
Korang boleh tak hidup tanpa jam tangan?
Baru2 ni jam tangan aku ada problem. Hari tu jarum saat dia tercabut, tapi takpelah boleh je guna lagi kan, selagi ada jarum minit dan jam. Then, hari sabtu lepas aku tengok jarum minit pulak yang tercabut. Ini kes parah ni! Acano nak tau pukul berapa, tinggal jarum jam jo! T.T
Pukul berapa datuk harimau? |
Then hari isnin tu aku tunggu je orang kedai tu call. Dah malam tak call lagi. Aku pun call kedai.
Me: Saya ada hantar jam fossil untuk pasang jarum, dah siap ke?
She: Akak, jam akak tak boleh bukaklah, tak boleh pasang. Kena hantar kat fossil.
Me: Okay, thank you, nanti saya datang ambik.
Eeee, dia ni dah tau tak boleh pasang, call lah aku, ni biarkan aku tertunggu-tunggu. Kalau tak call tu berjanggutlah aku tunggu. -.- Aku pun pergi ambik and try kat dua kedai lain. Pun sama jugak jawapan dia. Kena hantar kat Fossil. Maka aku pun pakailah jam tu walaupun tinggal jarum jam tu sementara menunggu hari offday berikutnya.
So hari ni aku pergi ke Fossil kat Parkson Setapak Central. Staf tu kata kena pergi kat PJ. Dia bagi alamat. Idokler aku nak kena pergi PJ pulak.. Beli jam baru jelah.. Jam Fossil tu kakak aku beli kat US, waktu dia ada outstation kat sana, tapi mak aku bayar, hehe.. Dah setahun lebih dah jam ni. Tapi heran jugak, lasak sangat ke aku ni sampai dua jarum tercabut. Maka, aku pun usha website Swatch untuk tengok mana yang berkenan di hati dan selari dengan bajet aku.
By the way, sebelum ni aku pakai jam Swatch, hadiah daripada abang aku sempena kejayaan SPM 2009. Abang kandung ye, husnuzon please... tetiba :p Lepas result keluar, alhamdulillah, with flying colours, dia pun hadiahkan aku jam tu. Kakak sulung aku hadiahkan digital kamera, kakak kedua bagi MP4, mak ayah bagi duit. Untungnya jadi adik! ;) Aku pakai jam tu dari 2010 sampai 2015. Ada sekali tukar bateri, then lama kelaman tali dia putus. Boleh je nak tukar tali kan, tapi mak aku dah bagi jam baru masa tu, aku pakai jam Fossil ni, aku simpan jam lama dalam kotak balik. Tapi masa cuti sem, aku letak barang kat kolej, jam tu hilang! Barang2 lain ada, tapi dua jam aku hilang. Satu lagi jam bff aku bagi. Sedih giler weh.. T.T Nak buat macam mana, rezeki sampai situ je..
Jam yang setia dengan aku 2010-2015 |
Bukan jam tangan je, handbag, kasut, cermin mata pun sama. So sebab tu aku pilih Swatch balik. Bukan aku nak kata jam Fossil tu tak bagus, tak, cuma aku ni yang ganas camana entah. Tapi maybe terjatuh kuat kot dulu, tapi aku tak tahu bila, tengok2 dah macam tu.
Lepas survey kat website Swatch, aku shortlist empat design yang berjaya menarik hati. Aku nak warna pink actually, tapi yang warna pink takde yang display sekali dengan haribulan dengan hari. Aku memang perlu tarikh dan haribulan tu.
At last, aku pilih Poppy Field! Tak dapat pink, merah mak ngah aku pun boleh hehe, senang nak tengok pukul berapa, hehe..
Salesgirl kat Swatch tu kata, "You suka warna pink ke? Takpe nanti next time boleh tukar tali warna pink." Eh tau-tau je akak ni aku lasak sampai tali jam putus dulu, eh tapi aku pakai 5 tahun okay! :D Thanks kepada akak tu sudi melayan aku dengan baik, sangat friendly, insya Allah akan datang lagi 5 tahun, haha, confident je tahan lima tahun kan, kalau hilang ke apa? Nauzubillahiminzalik, harapnya taklah. Takpun mana tau dapat jam hantaran ke, okay sudah tak payah berangan. :p
redeem jangan tak redeem |
Bahagia tangan kiri aku dapat jam baru ;) |
"A man with one watch knows what time it is,
a man with two watches is never quite sure" - Lee Segal
So, anda pulak bagaimana, boleh hidup tanpa jam tangan?
Thanks for reading this entry :)
jam sudah. epal sebijik bila lagi?
ReplyDeleteeh eh. haha
haha, insya Allah, coming soon.. ;)
Delete