Assalamualaikum :)
Jangan risau travelog yang tak berapa nak travelog ni ada 2 episod je, tak banyak pun :p
|
Hello Penang! |
Kami gerak ke Penang dengan empat kereta. Kitorang duduk kat Hotel Sentral Seaview manakala kakak duduk kat Hotel Four Points by Sheraton.
|
view dari bilik, sorry blurry pic :( |
|
Jalan2 ptg kat tepi pantai luar Hotel Four Points |
Lepas solat isyak, kitorang ke Medan Selera Padang Brown. Ramai giler orang weh.. Nasib baik ada tempat jugak. Kitorang makan kuey teow goreng, Pasemboq Gani, air batu campur & coconut shake.
|
Pasembur |
Keesokannya, plan asal nak ke Bukit Bendera, tapi ramai orang beratoq weh, idok jadi. Then, kitorang just pusing2 dalam kereta, sambil tengok Kek Lok Si Temple dari jauh. Kami gerak ke rumah saudara kat Balik Pulau. Makan tengah hari kat sana.
Balik singgah beli jeruk Pak Ali, buah tangan untuk saudara mara, jiran, dan tak lupa rakan sekerjaku yang merinduiku sepanjang empat hari ketiadaanku, rindu ke? :p
|
Jeruk Pak Ali |
Then kitorang plan nak ke 3D Art Museum, sampai je sana, ada notis tutup sempena chinese new year. Idok ada rezeki. Then balik ke hotel, adik2 excited nak mandi lait & swimming pool.
|
Lalu je kat Ford Cornwallis |
Cantiknya laut! Aku idok mandi, tengok adik2 aku berenang je, aku just basahkan kaki je, ombak kuat woo, aku nyaris terjatuh ditolak ombak. :')
Then mandi swimming pool. Aku memang taklah nak pakai swimming suit kan, so memang tak dibenarkan untuk mandi. Duduk tepi kolam tengok adik & anak buah aku mandi. Aku rendam kaki je mampu.. Kalau ikutkan hati nanti ada rumah sendiri nak buat kolam renang lah, susah terikat dengan peraturan kat tempat orang kan.. -.-
|
Tengok rambut adel, dah mcm spring :D |
Sebelah malam, kitorang ke Medan Selera Padang Kota Lama. Ramai jugak orang. Kitorang terpaksa berpecah sebab idok ada tempat duduk. Macam biasa, order pasemboq lagi, pasemboq Ghani. Adik aku gigih beratuq beli pasembuq. Pasemboq ni lagi sedap dari kat Padang Brown. Aku order cendol, sedaaap!
Selesai mengisi perut, kitorang jalan2 luar medan selera. Ada Brother's buskers perform, suara not bad, lagu pun lagu best2. Angin tepi pantai kuat, terbang2 shawl, nasib tak tertanggal ;) Mak ayah duduk tembok kat tepi pantai tu, ombak kuat memukul batu batu kat situ, terpercik air laut, terkezut!
Adel pulak seronok main pistol bubble. Sekali tembak lajuje bubble ditolak angin. Bila2 bubble banyak2 macam serangga berterbangan.
Esoknya pagi2 before breakfast, kitorang siap2 packing barang nak balik. Then, turun breakfast. Dah lama tak breakfast kat hotel, betul2 ikut pepatah, "Breakfast like a king". Dalam 3-4 round jugaklah makan hehe.. Sepanjang holiday ni memang tak jaga makan, belasah je semua, lepastu nanti menangis tak berlagu tengok mesin penimbang.
Tengah hari kitorang lunch kat Restoran Nasi Kandar. Then, terus gerak ke Penang International Airport. Aku, Faris & Alia je yang naik flight. Dah lama tak naik flight, ayah bagi kitorang naik flight. Last aku naik flight tahun 2010, masa pergi Langkawi. Perghhh lama giler tak naik weh..
Kitorang naik Malindo Air. Perjalanan dalam lebih kurang sejam. Then sampai KLIA2 naik shuttle bus ke KL Sentral. Naik LRT ke LRT Taman Melati dan seterusnya teksi ke rumah. Tapi mak ayah yang naik kereta dari Penang yang sampai rumah dulu, hehe..
p
Walaupun tak dapat melawat tempat2 menarik kat Penang, dapat merehatkan diri dari kerja, dapat luangkan masa dengan family sudah cukup berharga.. Next time harapnya dapat pergi holiday macam ni lagi. :)
|
My big family <3 |
p/s:
Sorry mana2 gambar2 yg blur, doakan iolls dpt beli fon bagus sikit eh, Iphone seketul ke, hehe :p Some pics, yg cecantik tu, credit to my sis, captured by Iphone 6 :)
Thank for reading this entry! :)
No comments:
Post a Comment