Tuesday, February 16, 2016

Pi Aloq Setaq Baqhang




Assalamualaikum :)

Tajuk tu acah2 utagha sikit na, padahal tak gheti cakap pun :p
Tapi kalau dengar orang kedah cakap, boleh faham hehe.. ;)

Captured by faris my bro
Minggu lepas Fatin ikut family ke utagha nun di sana. Ada wedding sepupu kat Alor Setar, lepas pergi kenduri, pergi jenjalan kat Penang. Dah lama giler tak pergi jenjalan kat utagha ni. Rasanya last pergi utagha masa masa ambik sijil spm kat MRSM Merbok dengan kengkawan tahun 2011. Lepas tu duk belajar kat UM & UiTM Puncak Alam idok pergi mana2 dah.

Kitorang pergi ke Alor Setar naik ETS dari KL Sentral ke Alor Setar. Dah berzaman tak naik ETS ni, dulu masa kecik2 ayah kata kitorang ada naik ETS ke kampung kat Sungkai. Idok ingat sangat. So dah besar gadang ni, naiklah ETS sambil menikmati pemandangan di luar tren. Kitorang bertolak jam 9.30 pagi dan tiba pada jam 2.30 petang. By the way, tiket ETS dari KL Sentral ke Alor Setar untuk dewasa berharga RM73.00.

One's destination is never a place, but a new way of seeing things - Henry Miller






Stesen KTM Alor Setar
Sampai je Alor Setar, makcik & sepupu pick up dan terus ke homestay. Terus tengok cousin nikah.



Tahniah kak Yusrina! Kahwin dah dia.. Dulu masa kecik2 selalu main sama2, main kejar2, main batu seremban kat kampung. Jumpa setahun sekali je kat kampung Sungkai, sebab masing2 duk KL & Kedah. Mak teh aku duk mengusik lepas ni giliran aku pulak. Insya Allah, kalau ada jodoh, tak ke mana..

Majlis resepsi diadakan pada keesokan hari. Kitorang duduk kat WNS homestay yang disediakan oleh Pak teh. Bilik dia sangat selesa, cuma selimut je nipis sangat hehe.. Sebelum majlis, sempat aku tanya makteh, apa warna temanya. Kata makteh, pengantin pakai purple, so family pakai light blue. So, kitorang pun pakailah baju light blue yang ada.


kaklong, adik, mak, tintin
Kenduri ni best woo.. Selain nasi minyak dan lauk seangkatan dengannya, ada 10 jenis air tong besar bermacam-macam perisa, air carrot susu my favourite drink forever and ever, air mangga, air tembikai, air madu kekwa, air kathira jagung, air bandung, air mata kucing, air asam boi dan lain2, idok ingat semua jenis air. Memang terbaik! Air macam kat pasar malam tu, tapi ko boleh minum semua jenis sampai kembung perut. Lagi ada apam balik rangup, apam balik kosong (idok tahu nama dia), kuih muih.


Selesai kenduri di Kedah, kitorang terus gerak ke Penang.
Sambungan di entri seterusnya.. :)

4 comments:

  1. sedapnya air batu..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    ReplyDelete