Sunday, August 23, 2015

Review Novel 'Jual Beli Cinta'




Assalamualaikum :)

Fatin duduk rumah ni kengkonon nak rehat2 puas2 before start kerja 1 sept ni, sekali mereput kebosanan kat rumah ni, huhu.. T.T

Okay, Fatin nak review satu novel yang Fatin dah baca, "Jual Beli Cinta" karya Weeda Airiza.

Novel ni mengisahkan Airin Zulaikha Shane yang kecewa setelah ditinggalkan kekasih hatinya, Amsyar yang pergi tanpa kata. Zulaikha merupakan seorang photographer dan menetap di Ireland selama 4 tahun. Apabila pulang ke Malaysia, dia masih tidak menemui bekas kekasihnya.

Zulaikha mula sukakan Mr Chipsmore aka Razif, seorang jejaka misteri  Zulaikha jumpa secara tidak sengaja setiap tahun. Mr Chipsmore hanya pandang dan tersenyum seolah-olah lama kenal. Siapa Razif sebenarnya?

Kemudian, Zulaikha mula berkawan baik dengan Aaron Faiq Lee sejak akibat perlanggaran troli kat airport. Dalam masa yang sama, Zulaikha sebenarnya merupakan loyal customer kepada perniagaan bubblyknit Faiq. Jarang orang lelaki suka mengait, tapi itulah hobi Faiq. Sampai bila berurusan dengan customer, dia terpaksa berlagak menjadi owner perempuan, hahaha.. :D Sape yang rajin beli online, mesti dah biasa dengan dear sis, thanks dear, etc :)

Ibu bapa Faiq memaksa dia kahwin dengan Sheila, tapi Faiq hanya menganggap Sheila sebagai adik sahaja. Dia selesa berkawan dengan Zulaikha. Fatin suka tengok persahabatan Faiq dan Zulaikha, masing2 jenis selamba.

Kesudahan novel ni haruslah happy ending, tapi ada kezzutan yang tak disangka jugak, part sedih pun ada, bila semua rahsia dah terungkai..

Apa yang best pasal novel ni, penulis perkenalkan watak2 dalam novel dia sebelum ini, so macam rasa seolah-olah watak tu  betul2 wujud, dan dapat tengok kaitannya. :)

Rayyan Ziqri dan Auni Hafya - novel Cinta 2u dot my.
Azeem Hafiz dan Safiya Thihani - novel Memang Dia Orangnya.
Aryana Shafnie dan Arel Afzal - novel Sayang 3 dalam 1.
Khazrul dan Shazrin - novel Nyanyian Syahdu.

Secara keseluruhannya, suka sangat watak Faiq dan Zulaikha.
Mestilah suka watak Aaron Faiq Lee lebih :p
Personaliti dia, sweet dia, lelaki iadaman malaya lah senang cerita.
Cer bayangkan macam mana rupa Faiq ni sebab dia kacukan Melayu, Filipina & Korea.
Iolls bayangkan, gabungan Fadlan Hazim, Jericho Rosales & Lee Min Ho lah hehe.. :p

gambar ehsan google

So senang cerita macam Daler Yusuf, eh bukan, Daler kacukan Melayu - Uzbekistan :)

gambar ehsan google
Heroin pun tak kurang jelitanya, Airin Zulaikha Shane kacukan Melayu, Arab dan Irish.
Tak boleh nak bayangkan mirip muka siapa, yang pasti chantek :)
Mesti anak Faiq dan Airin ni comel giler tahap nak kena cubit pipi kuat2, hehe ;)


Okay, sampai sini sahaja review Fatin, jangan lupa dapatkan novel 'Jual Beli Cinta' di kedai buku berdekatan anda! :)

Bersama penulis novelis kak Weeda Airiza di PBAKL <3

4 comments:

  1. wahhh mcm best je..
    Kene beli dan baca ni..
    Hihiii

    ReplyDelete
  2. Macam best...dh sibuk ckit ni jarang pulak dpt baca novel..hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, bleh baca sikit2 ikut bab, utk versi digital-> http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4255&idc=23802

      Delete