Saturday, May 16, 2015

7km FeMo'S RUN 2015 #FemosE4




Assalamualaikum :)

Rindunyaaa kat blog ni, hehe, sebulan tak update T.T
Busy dengan report, klinik, hospital posting dan FYP.
Ada je masa2 yang terluang tapi bila nak update je rasa bersalah.
Semalam baru submit report, hari ni pun dah send correction kat supervisor.
So hari ni boleh blogging dengan tenang! :D


Last week telah berlangsungnya Festival Mega Sports of Health Sciences (FeMo'S) 2015 dari Isnin sampailah hari ahad. Fatin macam biasalah, takde sukan lain, larian je mampu. Yang lain ke laut.

Tapi macam biasalah, larian ni tak menyumbang mata kepada persatuan. So kau larilah sorang2, takde orang kisah pun kau menang atau kalah. Sendu je bunyinyaaa :p

Kali ni ada 5 kategori, kategori A,B,C,D & E. Mula2 ingat nak masuk kategori E sebab biasa lari 5km, tapi bila fikir balik mesti ramai yang masuk 5km, so peluang nak menang tu tipis. So, try la masuk 7km for the first time.



Actually dah setahun 'berehat' dari larian ni. Last larian FeMo'S tahun lepas. Bayangkan berat pun nak dah naik, jogging pun jarang2, tetiba nak lari 7km, omg, haha.. Adalah praktis tiga kali before larian ni. Itu pun syarat je tu :p


After a long time..
Forget the glass slippers, this princess wears running shoes - Fatinderella :p
Kalau dah praktis tiga kali, memang result pun dah boleh jangka kan. Dengan sejauh 7km, sampai ke penamat dapat no 11. Okay, top 10 pun tak. Memang lepas ni taknak masuk 7km dah :p Tapi dulu pernah masuk Night Run 10km dapat no 3. Acane? Sebab tu masa zaman kurus boleh la T.T

Apapun, alhamdulillah, dapat jugak habiskan larian. Memula risau sampai no berapa je ni diorang bagi medal. Sekali tanya ajk tu kata semua dapat. Medals were given to all the finishers! Yeay! :D

Ini adalah medal terakhir sepanjang berada di UiTM ni..
Dah kenapa beg tu terbalik? :p
Mesti korang pelik kenapa comot sangat kan? Lupa nak bagitahu tema FeMo'S E4 tahun ni adalah Warna Dunia. Fatin memang suka sangatlah bab colourful ni. So, lepas habis cooling down, semua peserta diberi coloured powder untuk baling warna semasa menyanyikan lagu tema "Warna Dunia'. Semua orang pun dah kembali ke zaman kanak2 baling warna sana sini. Fatin dapat warna hijau, so acah2 jadi askar jap ;)

Give me five!
Okay kita sambung kisah FeMo'S E4. Kalau tahun lepas maskot Tigorange, maskot tahun ni adalah The Panda! Comel sangat The Panda ni, rasa nak peluk je, btw maskot ni perempuan okay :)


Tahun ni persaingan sangat sengit antara persatuan dalam Fakulti Sains Kesihatan ni.
Pada awalnya Persatuan Pelajar2 Optometri (OPTIMIST) mendahului carta pungutan pingat.


Tapi di akhirmya, OPTIMIST berada di tangga ke-4. Takpe, tahun depan cuba lagi!
OPTIMIST boleh!


Perbarisan OPTIMIST pada majlis penutup sangat awesome! Setuju dengan my roommate GBM, dia kata sepanjang 4 tahun ni, ni perbarisan OPTIMIST yang paling gempak. Kreatiflah korang! *bigclap*




Last but not least, congrats kepada semua atlet OPTIMIST yang telah all out untuk FeMo'S!
Kepada semua junior, all the best for next year! :D

#teamopto

-Some pics credit to FeMo's fb.-

2 comments:

  1. rakan bloggerku rumetku.
    haha.
    boleh buat novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kan, asyik suami/isteri je tajuk novel, tukar lain pulak ;)

      Delete