Saturday, March 09, 2013

Kembali ke zaman kanak2 dengan SUTRA 2013

Kembali ke zaman kanak2 dengan SUTRA?
SUTRA adalah singkatan untuk Sukan Tradisional.


SMF Fakulti Sains Kesihatan telah menganjurkan Sukan Tradisional seperti congkak, batu seremban, ceper, ting ting, galah panjang, sepak bulu ayam, baling selipar, larian SUTRA dan banyak lagi.

Ramai student yang mendaftar
Fatin main congkak. Awal2 dah kalah, huhu..
Then, cuba nasib main batu seremban pulak, alhamdulillah menang dalam pusingan pertama dan pusingan kedua. Tapi, kalah dalam final.. Takpe lah, takde rezeki..

By the way, batu seremban kan ada 2 cara, main batu lima dan batu tujuh. Batu tujuh Fatin jarang main, tapi pernah main dengan cousin dari Kedah waktu balik kampung. Batu lima pulak memang main kat sekolah. Tapi, permainan hari ni, sangat lain, ada batu satu sampai batu 10. Ada sedikit berbeza dengan yang Fatin main dekat sekolah rendah. Lepas batu lima, batu tukar & batu tang tang dan last sekali main King. Lepas king, kira habis satu game. Sape paling banyak game dia menang.


Tapi malam tadi, Fatin main, lepas batu tukar (batu 6), batu tang tang (7), batu 8 (baling & tukar batu), batu 9 (masukkan dalam gol) dan batu 10 (timbang batu). Alhamdulillah dapat belajar benda baru hari ni. 

Apapun, sangat enjoy main. Teringat zaman sekolah dulu. Selalu main batu seremban waktu akhir tahun lepas final exam. Main UNO card la.. Rindu pulak.. 

Perasmian penutup SUTRA
Semoga permainan tradisional warisan Melayu ini tidak lapuk ditelan zaman. Walaupun zaman moden ini, kanak2 sibuk bermain games dalam Ipad, handphone masing2, harap2, ibu bapa dapat memperkenalkan permainan tradisional kepada anak2 mereka. *eh, ni karangan BM aku masa sekolah dulu ke? :p

Seterusnya, larian SUTRA. Fatin tak beritahu kawan2 fb yang Fatin dapat nombor berapa. Sebab?
Sebab nak beritahu secara ekslusif dalam blog ini..
Walaupun aku bukanlah blogger terkenal seperti Fatin Liyana dan Fatin Suhana, 
aku hanyalah blogger setahun jagung yang bernama Nurfatin Atikah.. *buat drama sedih pulak dah..*



Alhamdulillah, Fatin mendapat tempat kedua dalam Larian Sutra ini. Kepada pengikut setia blog ini, anda tentu tahu yang Fatin memang suka masuk larian. Sebab itulah satu-satunya bakat yang saya ada selain berblogging.. *eh, blogging tu bakat ke? Pun bolehhh.. :p

Ini bukan tupperware semata, dalamnya ada makanan.. :)
Walaupun agak kecewa dengan hadiah yang diterima, apapun, kita perlu bersyukur apa yang kita ada. Walaupun dalam hati menjerit, "Nak silver medal!"
Pengajaran yang Fatin dapat hari ini:
Tanya dulu apa hadiah jika menang.. Jangan main redah je..
Apapun, alhamdulillah, atas apa yang Allah dah kurniakan.. 
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang mendoakan saya, sayang kamu semua!!! :)



Lagi satu, yang juga mengecewakan, apabila announce nama, emcee sebut Nurfatin Syafiqah.
Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan yang tidak perlu diungkapkan itu..

OK, sampai di sini sahaja. Seperti biasa, kaki dah menjerit kesakitan. Inilah harga yang perlu dibayar atas setiap larian dan kemenangan..

Untuk menyedapkan hati, letak sekali silver medal tanda kepuasan..




Akhir kata, "Kenali potensi diri dan bakat anda dan asah!" :)

p/s: Sorry kalau banyak guna metafora & hiperbola dalam entri ini.. :p

6 comments:

  1. agak dah mesti fatin sedih masa mc sebut nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kte memang tak suka kalau org salah sebut or salah eja nama..huhu

      Delete
  2. lama x main batu seremban...
    masa skolah rendah dulu..cegu olwes salah eja nama sy..sume sijil2 tu

    follow sini..ke 307..jemput singgah ke blog Yumida

    ReplyDelete
  3. untunglah dapat tupewerrr kite hape pom taraak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, itulah, ada jgk hikmahnya, boleh simpan makanan, klu medal simpan buat hiasan.. ;)

      Delete