Saturday, September 22, 2012

Pingat perak LARIAN AMAL 1 PUNCAK 2012

Assalamualaikum..

Minggu ni sangat busy dengan kuliah, kuliah ganti, lab report dan lain2.. 
Sebab isnin kan cuti umum jadi kuliah perlu diganti dan ada kelas yang tertangguh jugak perlu diganti. 
Untuk minggu ni, ada dua malam sudah diganti kelas. 
Kehidupan yang sibuk sebagai seorang pelajar bermula seperti biasa setelah cuti sem.

Berbalik kepada tajuk buletin utama di blog ini, *sayamemangsukagunaayatbunga2* 
Fatin nak share satu kisah suka dan bukan duka yang berlaku pada minggu lepas.

Muka orang penat berlari + muka excited
Seperti entri yang lepas, abang Fatin kahwin pada hari sabtu,
jadi Fatin tak dapat join camping bersama kawan2 opto.
Lepas habis kenduri, Fatin balik ke kolej terus sebab esok pagi nak berlari.
Alang2 dah tak join camping, join la Festival Kolej (FESKO).
Tujuan FESKO ini adalah untuk mengutip dana untuk program Mengubah Destini Anak Bangsa. (MDAB).


FESKO ini adalah kerjasama antara Kolej Rafflesia/Angsana UiTM Kampus Puncak Alam dan Kolej Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana dan juga Non-Resident Puncak Alam.

Dah memang berkemampuan dan mahir berlari je, 
maka Fatin pun masuklah dengan harapan menang pingat,
 tak kisah la pingat apa pun.

Pada hari kejadian, Fatin pun lari laju2, 
dan 
Alhamdulillah, menang pingat.


Walaupun bukan emas, nak gigit jugak.. :p 

Berat tau pingat ni.. hehe
Tapi masa sebelum sampai garisan penamat tu, ada student yang jaga checkpoint kata, 
awak yang ketiga dan keempat. Masa tu, Fatin lari berdua dengan seorang student lain.

Lagi empat or lima langkah ke garisan penamat, Fatin terus pecut orang yang ketiga tu.
Maka, Fatin jadi orang ketiga lah sampai. Beza Fatin dengan dia adalah 3 saat.
Tapi bila dapat nombor, Fatin dapat nombor 2, sama dengan orang yang dipotong tadi.
Rupa-rupanya, setiap dua student, dapat satu nombor. 
Kiranya, orang yang pertama dan kedua sampai adalah pingat emas.
Fatin dan student tadi dapat pingat perak dan seterusnya.
So, kalau tak pecut dia pun, Fatin still akan dapat silver medal.
Takpe lah, tapi pencapaian yang baik jugaklah setakat ini.
:)
By the way, Fatin tanya student tu, dia pelajar asasi.

Selain dapat pingat perak, Fatin dapat wang tunai. Seronok! hehe
Berapa?
Lebih daripada RM50. :)
Dua pemenang tempat keempat dan kelima dapat hamper, tak dapat pingat.


Credits to student yang tolong ambilkan gambar walaupun jauh.. 

Akhir kata, terima kasih banyak2 kepada yang sudi mengucapkan 
TAHNIAH 
kepada Fatin di fb.
ANDA semua memang PRIHATIN! 
SAYA SAYANG ANDA! :)

Kutipan pingat sepanjang di universiti

p/s:
Perjalanan kisah larian saya:
Marathon 2011
Walkathon 2012
Merentas Puncak 2012

4 comments: