Friday, March 20, 2015

Tamat tugas




Assalamualaikum :)

Jumaat lepas, dengan berakhirnya Annual General Meeting OPTIMIST kali ke-7, maka dengan rasminya Majlis Tertinggi & Exco 13/14 telah dibubarkan. Dan tugas Fatin sebagai Exco Sukan & Rekreasi telah selesai, alhamdulillah! :)

Tengok gambar ni asyik nak tergelak je ;)
Ok, gambar formal pulak ;)
Sepanjang memegang jawatan Exco Sukan & Rekreasi ni, banyak perkara yang Fatin dapat belajar. Macam mana nak handle program, nak uruskan organisasi, kena jumpa orang tu, orang ni, kertas kerja, dan macam-macam lagi. Terima kasih kepada rakan exco, Hakim & Shazwan yang banyak memberikan kerjasama. Tapi dalam banyak2 event, idokler ada gambar bertiga, huhu..

Antara program yang dianjurkan adalah Optometry Athletic Championship 2014.  Then, kami menyertai Festival Mega Sport Event of Health Sciences 2014 dan Malaysian Optometry Student Sport Event 2014. Korang boleh tekan je klik nama program tu for details. :)

Tahniah kepada semua atlet OPTIMIST yang telah berjaya mendapat tangga ke-3 untuk Festival Mega Sport Event of Health Sciences (FeMo'S) 2014 dan JUARA KESELURUHAN dalam Malaysian Optometry Student Sport Event (MOSSE) 2014. Tahniah kepada berjaya mengharumkan nama UiTM di persada dunia sukan optometri! *bigclap*

UiTM JUARA KESELURUHAN MOSSE 2014

Team Building OPTIMIST 2014
Kepada exco sukan yang baru, Farah, Nida dan Adam, all the best! Kekalkan kejuaraan UiTM dalam MOSSE, dan cuba untuk jadikan OPTIMIST juara FeMoS! You can do it! :)

Now I need to focus on my academic performances, especially my clinical skills and my final year project. Alhamdulillah, my supervisors banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan FYP. Doakan kejayaan saya :)
With new OPTIMIST President, Amalina :)

Majulah sukan untuk OPTMIST! :D

No comments:

Post a Comment