Ahad lepas, buat julung-julung kalinya diadakan Optometry Ohana Day yang melibatkan pelajar-pelajar dan pensyarah optometri bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. 'Ohana' bermaksud 'keluarga' dalam bahasa Hawaii. Ini bukan 1st time dengar word 'Ohana' sebab batch Fatin kat MRSM Merbok dulu dah guna nama Ohana ni untuk nama batch atau lebih tepat lagi, Ohana Ladies 08/09. :)
Kami bertolak dari Puncak Alam lebih kurang jam 7.45 pagi ke Taman Tasik Titiwangsa. Fatin excited giler nak pergi sana sebab banyak kenangan terindah kat sana, antaranya Hijab Event 2014 dan Picnic with Adam AF. [click title for details] Then ditambah pulak dengan Family Day, ni yang rasa nak pergi jogging hari2 ni kat Titiwangsa :P
Bila baju lebih kurang warna banner :p |
Then, start first game, Family War. Game ni lebih kurang macam bola beracun, tapi tak guna bola, guna plastik berisi air. Fatin dah cuak sebab tak bawak baju spare, so kalau basah memang taklah.. Sampai turn family kitorang, alhamdulillah Fatin dapat elak, cuma kalah waktu pusingan kedua yang mana guna bola untuk baling. Untuk game ni family kitorang tak dapat collect point sebab takde group member yang tinggal selepas 5 minit.
Family war |
Yang lelaki pakai kain pelikat, yang perempuan pakai kain batik, then main bola sepak!
Acah2 pemain handalan :p |
Bincang strategi dulu ye.. |
Terbaik! *bigclap*
Our family |
Then berhenti untuk makan tengah hari dan solat zuhur.Game seterusnya 'Inventors and the life after death. Kitorang kena bina satu monumen dan balut 'mama' untuk jadi mumia menggunakan tisu. Monumen itu merupakan barang berharga untuk family, so kena sentiasa protect.
Our cute mummy <3 |
Fatin jadi defender untuk game ni, dengan family member yang lain. Berusaha sekuat mungkin untuk menjadi benteng pertahanan kata ko.. Kitorang peluk kuat2 anak bongsu dan mama, dengan monumen di tengah2. Bila kena attack tu, gila kuat diorang rentap tangan semua, sampai satu tahap, kitorang terjatuh atas lantai simen yang berlecah tu.. OMG.
Ingatkan dah jatuh kira okay lah, rupanya belum habis lagi sebab lagu still tak berhenti. At last stop jugak. And my brooch tercabut dan dipijak oleh orang dan kotor. Nasib baik bawak brooch lebih, huhu.. Baju kotor tak payah cakap, dah la baju baru T.T Apapun game tu memang betul merapatkan ukhuwah, peluk kawan sampai lemas nak protect family masing2. And alhamdulillah family kitorang menang berjaya mempertahankan tag nama dan monumen! :D
Untuk lelaki pulak, game yang lebih kurang sama, cuma wakil family je yang main, semua papa berlawan sesama sendiri untuk cabut tag family yang lain. Habis game tu, diteruskan dengan kotak beracun. Setiap orang memang kena bawak satu hadiah dan cabut nama dalam kotak. Fatin dapat hadiah dari classmate, Ani. Thanks Ani for the precious book! <3 Fatin pulak bagi hadiah kat junior, hadiah apa, rahsia, hehe ;P
Our happy family, play together, stay together :) |
Titiwangsa, see you next time ;) |
Pesanan penaja |
p/s:
Seperti biasa, tak lengkap event tanpa hashtag rasmi kan, so kitorang meriahkan dengan #optomohanaday14 :)
Seperti biasa, tak lengkap event tanpa hashtag rasmi kan, so kitorang meriahkan dengan #optomohanaday14 :)
No comments:
Post a Comment