Friday, November 28, 2014

Oh my blog!


"Awak ada blog eh?"tanya clinical supervisor.

"Ada, tapi biasa2 je sir. Personal blog, ada sikit2 je pasal optometri.  Tak macam blog sir" dalam hati, eh, aku tak hide blog post dari dia eh, aku rasa semua lecturer & supervisor aku dah hide. Maybe sebab baru friends kat fb.

Hari lain..

"Ha, awak, macam mana blog? Okay?" tanya clinical supervisor.

"Okay sir, sehari dalam lebih kurang 100 views je." 

Motif bagitahu? Aku pun taktahu, sekadar nak memeriahkan conversation. :p Bila check statistik, sehari dalam 200++ views. Yup, saya blogger baru setahun jagung, banyak benda perlu improve.

"Okay lah tu.."

***

Terjumpa ex-classmate masa kat PASUM dulu, Fadhilah. Before balik, ajak dia ambik gambar. 

"Nak masuk dalam bloglah tu.." 

"Eh takdelah.." Dalam hati, masuk instagram je. Senyum.

***

"Fatin, ko aktif eh blog, bagus" kata classmate.

Diam. No comment. Senyum.

***

"Sir, saya nak present next week, nak siapkan report, saya bagi sir mind map ni hari khamis boleh sir?" mintak belas kasihan supervisor untuk follow up, proposal fyp.

"Tak boleh, khamis lambat nanti, awak emel kat saya hari selasa, tak perlu jumpa saya. Jangan risau, sekejap je boleh siap mind map ni, awak bahagikan masa untuk siapkan report dan mind map ni. Tak perlu nak facebook, blog... Awak ada blog kan?"

Sentap. Terkezzut. Sekali lagi, aku rasa aku dah hide blog post dari lecturer kat fb. OMG...
Gaya sir cakap macam Fatin update blog hari2 je, huhu.. T.T

***

Kesimpulannya?
Bagi Fatin, okay, maybe blog ni dah ramai kawan2 baca. 
Ingatkan yang baca orang luar je, hehe..
Kira berita baik jugaklah kan..

Satu lagi, if entri2 dalam blog ni mendatangkan manfaat kepada visitors, alhamdulillah..
Fatin akan cuba improve lagi dari segi writing & info.
But, again, this is my personal blog. It is about my life and my experiences. 
Anyway, dear readers, thanks a lot for supporting me :)


p/s:
Teringat masa dulu masa mula2 buat blog, ada kawan tegur Fatin guna bahasa baku A+ :P

No comments:

Post a Comment