Dua minggu lepas, Fatin join program Jom Check Mata or kitorang panggil JCM for short. Rasanya Fatin jarang gak la join JCM sebab weekend je balik rumahku syurgaku, hehe.. Kali ini kali ke-3 selepas
JCM Beranang and JCM kat FSK6 UiTM. Classmate yang lain dah tak terkira dah pergi JCM.. -.-
Kami bertolak ke HONDA Bangi lebih kurang jam 8.30 pagi dan tiba kira-kira 10 pagi. Then, set up instrument dalam bas klinik optometri bergerak dan jugak set up meja pendaftaran sekali dengan barang2 lain untuk check mata.
Jom Check Mata ini menekankan konsep screening atau saringan. So kami akan saring orang yang mempunyai masalah penglihatan dan boleh dirujuk ke klinik optometri kami di UiTM Puncak Alam.
|
Promote sikit klinik kami, ini official poster kami :) |
Fatin ditugaskan untuk
measure accommodation and convergence.
Accommodation ni kita akan check kemampuan mata untuk fokus menggunakan targer huruf bersaiz kecil.
Convergence pulak untuk mengukur tahap mata kita untuk menumpu.
|
Khusyuk benor nak measure accommodation & convergence :p |
Selain itu, Fatin jugak check penglihaan binokular (dua mata) atau ujian stereopsis 3D kepada staf dan pelanggan HONDA. Actually, ada banyak jenis alat yang boleh digunakan untuk ujian 3D ini. Untuk JCM ini, kita gunakan Stereofly test.
|
Stereofly test |
Fatin jugak sempat buat '
cover test' untuk melihat sama ada seseorang itu ada juling atau juling pendam. Kat dalam bas klinik optometri bergerak tu, kita ada menyediakan khidmat pemeriksaan refraksi dan tekanan bola mata (
intra ocular pressure).
Secara keseluruhannya, sangat seronok dapat memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata para staf dan pelanggan HONDA. Staf HONDA sangat peramah dan caring. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Tak lupa juga kepada pelanggan HONDA yang sudi check mata dengan kami, sementara menunggu kereta baru mereka :)
|
Us with our supervisor, Mr Irwan |
|
Staf honda sempat posing masa Fatin capture before balik :) |
Dapat goodies bag, thanks HONDA :D
Dapat keychain HONDA & Touch n go card, tinggal kunci kereta je takde, lepas graduate nanti 'dapat' kot! Amin.. :)
By the way, korang boleh like fb page '
JOM CHECK MATA' untuk maklumat lanjut, mungkin akan datang kami ke tempat anda? :)
No comments:
Post a Comment