Sunday, February 10, 2013

[3 FEB 2013] JOM CHECK MATA DI KLINIK KESIHATAN BERANANG

Selepas tamat HIJAB EVENT 2013 di KLCC, Fatin bergegas ke UiTM Shah Alam untuk bermalam di sana. Keesokannya, Fatin & kawan2 akan ke Klinik Kesihatan Beranang untuk Jom Check Mata di sana. Tetapi, kami terpaksa berhadapan dengan sekumpulan monyet yang berkeliaran di bumbung Kolej Seroja semasa bermalam di situ. Alhamdulillah, kami selamat daripada gangguan monyet2 di situ, huhu..



Jom Check Mata diadakan di Klinik Kesihatan Beranang. Di situ terdapat empat saringan atau kaunter iaitu saringan refraksi, saringan glaukoma, saringan diabetik retinopati dan saringan katarak. Tetapi pesakit terlebih mendaftar di kaunter pendaftaran. Selepas selesai semua saringan, optometrist yang bertugas akan memberikan konsultasi kepada pesakit.

Saringan refraksi adalah saringan di mana kami akan memeriksa visual acuity (VA) atau lebih senang cakap tahap kerabunan pesakit. Fatin ditugaskan untuk memeriksa power mata pesakit dengan menggunakan autorefraktometer manakala dua lagi rakan Aidid & Nazrin menggunakan Snellen chart untuk memeriksa VA. Untuk pengetahuan, autorefraktometer merupakan alat yang biasa anda lihat di kedai cermin mata. Saya pasti anda pernah check mata guna alat ini kan kat sekolah dulu atau mana2 kedai spek kan? Ada sesetengah mesin, pesakit akan nampak imej rumah, ada yang nampak belon. Mula2 memang kita akan nampak kabur je imej tu, selepas beberapa saat imej itu akan nampak clear. Fatin pernah cuba sekali dua alat ni kat lab dulu, jadi alat ini je yang Fatin pernah handle. Bersyukur sangat dapat jaga kaunter ini. Madam Amira banyak membantu Fatin. Thanks madam! :)


Begini rupanya bila orang khusyuk check mata orang :p

Menggunakan autorefraktometer
Sementara Fatin makan & rehat, Kak Zura tolong gantikan kejap, thanks akak! :)

Kaunter kedua adalah kaunter glaukoma. Kami akan memeriksa tekanan mata pesakit menggunakan tonometer. Tonometer digunakan untuk mengukur tekanan intraokular mata atau intraocular pressure (IOP). 

Tiq menggunakan tonometer untuk memeriksa tekanan intraokular pesakit.

[sedikit maklumat berkaitan glaukoma berdasarkan buku ‘Understanding Glaucoma' semasa 


Apakah Glaukoma?
Tahukah anda glaukoma adalah satu penyebab utama penyakit buta bagi mereka yang berusia lebih dari 40 tahun? 
Dan tahukah anda bahawa kebutaan yang disebabkan oleh glaucoma boleh dielakkan?
Glaukoma bukanlah satu jangkitan dan ianya tidak berjangkit, Ia adalah satu keadaan di mana tekanan dalam satu atau kedua-dua mata meningkat hingga ke tahap yang luar biasa.
Apabila tekanan ini (dipanggil tekanan intraokular) kekal tinggi untuk satu jangka masa, kerosakan struktur penglihatan yang halus akan berlaku. Jika keadaan ini dibiar tanpa rawatan, anda boleh menjadi buta. 
Glaukoma biasanya menjejaskan kedua-dua mata. 

Apakah yang Menyebabkan Glaukoma?
Glaukoma terbentuk bila bertambahnya pengeluaran akues humor (aqueous humour) atau akues humor tidak disalirkan keluar daripada bola mata sepenuhnya. Tekanan akan meningkat di dalam mata. Gentian-gentian saraf dan salur-salur darah di dalam saraf optik akan tertekan dan kemudiannya rosak dan musnah. Penghantaran utusan-utusan penglihatan kepada otak akan terganggu dan menyebabkan penglihatan menjadi lemah. Akibat kesudahannya – buta.
Mujurlah, anda boleh lakukan sesuatu untuk menjaga penglihatan anda. Pertahanan terbaik anda ialah melalui pemeriksaan mata yang kerap, terutama jika anda berusia lebih daripada 40 tahun. Glaukoma tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal jika anda melawat pakar mata anda selalu dan patuh menggunakan ubat-ubatan yang dipreskripsikan. Pengesanan awal dan rawatan adalah satu-satunya cara untuk mencegah kehilangan penglihatan.

Kaunter seterusnya adalah kaunter saringan katarak yang menggunakan slit lamp untuk memeriksa.


 

Selepas itu, pesakit akan ke kaunter saringan diabetik retinopati.


Akhir sekali, optometrist akan memberikan konsultasi kepada pesakit berdasarkan result yang diperolehi.


Secara keseluruhannya, Jom Check Mata Beranang ini sedikit sebanyak memberi pendedahan dan pengetahuan tentang dunia optometri sebenar yang bakal diteroka selepas graduate nanti. :)

Terima kasih kepada semua lecturer, senior2, junior2 sukarelawan yang terlibat, pengunjung yang datang dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



Akhir kata, jika ada Jelajah Jom Check Mata ini sampai ke tempat anda, jangan lupa datang untuk check mata.
  “Ingat, hanya anda boleh menyelamatkan daya penglihatan anda.”

Pelangi pagi bukan pelangi senja ;)
Bila pakai vest ni, teringat waktu MDS sept dulu, pakai vest jugak..
Nantikan bas ini menjelajah ke tempat anda :)

Dalam bas nak balik pun sempat lagi snap pic























Terima kasih sudi singgah baca :)

4 comments:

  1. community involvement, bestnya :D

    ReplyDelete
  2. seronok kan. kite paling suke buat va. terhibur tgk keletah org ramai. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, best. dapat jumpa dgn ramai org.. :)

      Delete