Berakhirnya Festival Mega Sports of Health Sciences (FeMo’S) 2013 pada malam 11 Mei yang lepas.
Lega setelah penat lelah sudah berakhir. Penat lelah la sangat kan, hehe..
Logo FeMo'S |
FeMo'S tahun ni Fatin bertugas Penyelaras Futsal mewakili sekaligus persatuan optometri. Setiap course dalam FSK perlu menghantar beberapa orang wakil bagi membantu menjayakan program ini.
Tahun ni tema warna biru untuk AJK |
FeMo’S bermula dengan petang khamis dengan acara basketball and badminton. Pada sebelah malam pula, majlis perasmian berlangsung dengan meriahnya. Selepas itu, Fatin dan kawan2 lain terus bersiap sedia untuk urusan futsal. Pada hari pertama, futsal menggunakan satu court sahaja, jadi kami perlu menyusun jadual perlawanan untuk kategori lelaki dan perempuan secara bergilir. Pengalaman pertama sebagai Penyelaras Futsal memberi seribu satu kenangan. Kami berempat memang betul2 bermula dari zero.
Sebelum start perlawanan, kami perlu memastikan semua peralatan lengkap termasuk bip, bola, marker untuk scoreboard, wisel, kad merah, kad kuning dan stopwatch. Bola pulak ada 4. Itupun kena jaga betul2, sebab ada team yang nak guna untuk praktis lah, bukan nak kedekut tapi memang kena ada bola simpanan jika bola melantun jauh. Tak dinafikan hari pertama agak serabut, tapi dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Kami perlu alert dengan gol untuk kiraan gol, kami perlu alert dengan waktu supaya dapat panggil next team untuk next game supaya masa dapat dijimatkan.
Hari
keesokannya, seperti biasa, kami bertugas tetapi hari tersebut dua court digunakan.
Justeru, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Hari kedua semakin lancar berbanding hari pertama. Namun, terdapat kesukaran sedikit untuk memanggil team untuk next game. Perlu bertindak cepat dan kerjasama yang baik. Bila dah stress, kadangkala tak dapat mengawal nada suara, ada yang termarah, ada yang dimarahi. Sentap tak sentap tak usah cerita. Tapi bagi aku, semua ini membuat aku semakin kuat dalam menghadapi dugaan. Kalau dulu, air mata ni laju je kalau kena marah, tapi sekarang, alhamdulillah, boleh menghilangkan perangai cengeng itu, hehe.. Habis futsal dalam jam 12 tengah malam, diteruskan dengan post mortem. Balik post mortem sambung update untuk futsal kat group fb, kesabaran diuji dengan error untuk upload gambar result. Dah cuba banyak kali tapi memang tak dapat. At last, jam 2 pagi, memang terpaksa upload file kat group memandangkan mata semakin mengantuk, badan perlu rehat, tenaga perlu dijimatkan untuk berlari keesokan hari. Walaupun sebenarnya sepatutnya kena tidur awal, redah je pantang larang itu, huhu..
Antara contoh jadual yang perlu dibuat *baru belajar* |
Malas nak update, upload yang kosong pun boleh... |
Hari ketiga, pagi itu diteruskan dengan acara Larian Merentas Puncak. Aku haruslah turut serta sebab memang itu yang termampu. Nanti next entri sambung dengan Larian Puncak pulak.. :)
Selepas larian puncak diteruskan dengan futsal. Berbekalkan semangat dan tanggungjawab yang tergalas, tugas perlu diteruskan walaupun kaki meraung kesakitan. *sorry kalau ayat hiperbola* Target futsal habis dalam tengah hari, tetapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Jam 1 petang baru habis semi final. Panas terik matahari tak perlu dicerita, cukuplah buat muka jadi gelap. Tapi bersyukurlah daripada hujan. Bila mulut merungut panas, hati mengingatkan ini adalah panas dunia, belum panas di akhirat. Ya Allah..
Futsal perempuan |
Futsal lelaki |
Setelah memulangkan semua peralatan di bilik gerakan, pulang ke blok dengan kelegaan. Pada sebelah malam pula diteruskan dengan majlis perasmian penutup, perbarisan dan penyampaian hadiah. Itu pun sambung di next entry ya, hehe ;)
Secara keseluruhannya, tugas sebagai penyelaras futsal ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak susah. Memetik lirik lagu 'Pokok', "Tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan". Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan penyelaras futsal, Yusri, Shazana, Syamerra dan Kak Hidayah atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan, maafkan andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang FeMo'S ini berlangsung. Terima kasih jugak kepada semua AJK FeMo'S yang terlibat dan yang membantu melancarkan perjalanan acara kami, memberi info dan teguran yang membina. :)
Pengalaman ini benar2 mengajar aku erti kesabaran, keberanian, kesusahan dan banyak lagi. Pengalaman ini jugak banyak melibatkan emosi yang perlu distabilkan dengan sebaiknya.
Fatin lebih gemar menggunakan gambar sendiri untuk blog, tapi apakan daya, kekangan masa menyebabkan tangan tak sempat snap gambar, sibuk pegang kertas jadual & result perlawanan..
pics credit to FeMo'S official page.
p/s:
ok, sambung di next entry untuk kisah selanjutnya.. ;)
Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan. Jangan lupa follow juga ye.. =)
ReplyDeleteTerima Kasih
http://hijab-valley.blogspot.com