Dah hampir sebulan tak update blog..
*uhuk2* terbatuk sebab dah sedikit berhabuk :p
Ini pun curi2 masa untuk update sebab dah rindu blog sendiri :)
Lagipun petang2 tak elok sangat membaca kan.. *ayat sedapkan hati*
Sekarang tengah musim final exam, ada uni yang dah habis, ada yang tengah exam, ada yang tengah study days. Kenapa study days? Sebab tak cukup seminggu pun masanya. Apapun janji ada ruang untuk study, kuantiti masa itu tidak penting, yang penting kualitinya.
Tak lama lagi akan menjelang bulan ramadhan, ahad ni dah start puasa, sabtu malam dah mula solat tarawih. Tak sabarnya :D
"Allahumma Barik lana fi Rajab wa Sha'ban wa ballighna Ramadhan"
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sha'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.
Amin..
Cakap pasal ramadhan, dah ramai orang share kat media sosial tentang lagu parody 'Let It Go' yang ditukar kepada 'Ramadhan' oleh Amar. Liriknya best dan bermakna. Ditambah lagi dengan sekarang orang tengah minat Frozen :)
Lirik Lagu/ Lyrics
Lirik lagu Ramadhan (Let It Go Frozen) nyanyian Amar
Di malam yang indah dan hening
Ku tak sabar menanti
Bulan yang sungguh istimewa
Bulan yang diberkati
Di dalamnya rahmat juga keampunan
Besar ganjaran yang dijanjijan
Chorus:
Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redha-Nya
2nd Chorus:
Ramadhan ramadhan.. Bulan yang istimewa
Ramadhan ramadhan.. Gembiranya ku rasa
Ayuh rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja
Adanya diturunkan Al Quran yang mulia
Di penghujungnya ada malam lebih baik dari seribu bulan
Chorus
2nd Chorus
Allah menjanjikan dua kenikmatan
Bagi hamba yang ikhlas berpuasa keranaNya
Nikmat di saat bila kita berbuka
Dan di saat kita berjumpa denganNya
2nd Chorus
Setahun sekali sahaja
Setahun sekali sahaja
Akhir kata, sama2 lah kita manfaatkan bulan ramadhan yang akan datang untuk menggandakan ibadah kita. Untuk peringatan diri sendiri dan anda yang bergelar student, jangan terlalu fokus study sampai mengetepikan ibadah dan amalan2 yang hanya ada dalam bulan ramadhan seperti solat tarawih. Semoga Allah redha :)
salam ramadhan aisyah, thanks singgah..
ReplyDeletedone following ur blog too #428 :)