Thursday, December 12, 2013

Lawatan ke MAB

Semalam 11.12.13, tarikh cantik, ramai orang kahwin termasuklah artis2 seperti Che Ta & Zain Saidin, Jovian & kakak Dafi iaitu Nina. Tidak lupa juga kepada classmate masa sekolah rendah, Aini & husband. Selamat pengantin baru! Wah, setakat ni dah 3 orang kawan sekolah dah kahwin, alhamdulillah, jodoh mereka awal..


Okay, sekarang bukan nak cerita pasal jodoh, tapi pasal lawatan ke MAB.
MAB stands for?
Malaysian Association for the Blind.


MAB terletak di Kuala Lumpur berdekatan dengan stesen monorail Tun Sambanthan.
Masa sampai situ, dekat dengan pintu masuk tu, betul2 monorail lalu atas kepala.
Sebelum ni tak pernah pergi MAB, ini 1st time.
Dulu waktu shopping sekitar KL, pernah naik monorail kat situ dan just tengok MAB dari jauh je..


Aku dan classmates yang lain semua excited nak pergi sini. Kitorang ditemani lecturer Madam Halilah. Madam yang suggest kitorang pergi sini, masa lecture Low Vision lagi. Dalam lecture, kitorang belajar macam mana nak tolong orang buta, belajar alat2 bantuan penglihatan untuk orang buta dan juga penglihatan terhad (low vision). Penglihatan terhad maksudnya masih boleh nampak, tapi terhad.

Kami diberi taklimat ringkas daripada staf di situ, iaitu Cik Siti Huraizah.
Cik Siti banyak berkongsi cerita dengan kami.
Beliau juga mengajar kami untuk tentang cara2 untuk membantu memimpin orang buta, sama ada untuk lintas jalan, naik atau turun tangga, melalui laluan sempit dan lain2.


Untuk menegur orang buta, kita perlu cuit bahu atau siku dan tanya sama ada dia perlukan bantuan.
Untuk memimpin orang buta, kita perlu berada sama arah dengan dia, tapi dia berada di belakang kita dan memegang siku kita.

Pasal makan pula, Cik Siti memberitahu, kita tolong orang buta ambil makanan, contohnya nasi dan lauk. Tapi sebelum tu, kena tanya dia apa yang dia nak makan, sebab nanti salah ambil, susah kalau dia ada allergy. Lepas dah isi makanan, kita beritahu dia kedudukan lauk seperti kedudukan jam. Contohnya, ikan di nombor 12, daging di  nombor 3 dan sayur di nombor 9.

Kata Cik Siti, orang buta sama seperti manusia biasa jugak, ada yang sensitif dan ada yang kurang sensitif, macam kita jugak. Tapi kita selalu fikir yang diorang ni terlampau sensitif dan dramatik macam dalam tv. Ada juga mereka yang tenang dan sentiasa berfikiran positif.

Cik Siti juga menunjukkan cara2 untuk menggunakan mesin braille.


Baru tau tulisan Braille boleh padam, just ratakan balik huruf tu..
Kami dimaklumkan yang kami tak dapat melawat Low Vision Centre sebab ada sedikit masalah. Jadi, kami terus melawat perpustakaan MAB dan bilik IT.


Dalam perpustakaan MAB, ada banyak buku dalam huruf braille. Ada Al-Quran tulisan braille, buku2 teks sekolah, kamus, novel dan lain2. Untuk Al-Quran, satu muka surat al-Quran biasa bersamaan dengan tiga muka surat tulisan braille. Librarian di situ jugak ada tunjuk novel Ombak Rindu, Adam & Hawa kepada kami.



Alquran dalam huruf arab Braille
Banyaknyaaa buku
Buku anatomi dan fisiologi
Muka pucat, tak demam tapi selsema, haachum!
Selepas itu, kami melawat ke bilik Talking book, di mana studio rakaman audio.
Di sini rakaman audio dilakukan untuk digunakan oleh orang buta untuk mendengar.

Staf memberi penerangan kepada kami
Bilik rakaman audio
Kemudian, kami ke bilik IT, staf di situ menerangkan cara2 orang buta menggunakan komputer, melayari internet, membuat website dan sebagainya.Software JAWS digunakan untuk menggunakan komputer. Bukan ikan jaws or jerung, tapi Job Access With Speech.

Di bilik IT
Penanda buku dari MAB

Well said.
Akhir kata, 
aku betul2 kagum dengan semangat mereka dalam menjalani kehidupan tanpa penglihatan sempurna.
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.

 "Setiap mata yg tertutup belum bererti ia tidur.
 Setiap mata yg terbuka belum bererti dia melihat"

p/s:
Tunggu kawan upload gambar ramai2, idokler tau bila..

2 comments:

  1. Saya pernah kesana suatu ketika dahulu.. harap dapat pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah blog ni, semoga berkesempatan ke sana lagi..

      Delete