Friday, December 20, 2013

Picnic with girlfriends

Picnic ni hampir 3 bulan berlalu, tapi tak sempat ditaip sebab dahulukan entri lain..
Ayuhlah kita ke mesin masa, kembali ke 22 september hehe..
Kira throwback la ni.. :p

Hari tu, Ani ajak pergi picnic & berkayak kat Tasik Shah Alam.
Dulu 1st time berkayak, masa kat PASUM dulu.
Rindunya kawan2 PASUM.. :(

Konvoi dua kereta, pergi Shah Alam. Alhamdulillah, cuaca sangat baik.
Mendung, angin sepoi2 bahasa.

Girlfriends yang duk serumah menaja makanan pada hari tu.
Sandwich sardin, sandwich telur dan air teh. Thank you so much! :D

Ada orang tengah ambik roti sambil control lapar :p
Sambil makan2, menikmati keindahan semula jadi di tebing tasik,
siap ada kura2 buat persembahan lagi, timbul kepala dan tenggelam, haha..

Dah makan2, tak sah lah kalau ramai2 tak photoshoot. :p

Tengok tuuu!


Lepas tu, terus aktiviti berkayak. Waktu berkayak tu memang tak nak bawak phone or kamera, sebab tak nak ambik risiko, takut nanti masuk dalam tasik, menangis tak berlagu, huhu..

Berkayak bersama Mira
So, hanya mengharapkan kawan2 yang duk kat tebing tasik tu untuk ambik gambar,
dan jugak GBM yang bawak kamera waktu berkayak.

Ani & GBM
Don't look back :p

Acah2 kat alam fantasi, Fatin in Wonderland
Disebabkan baru kali kedua berkayak, idokler mendayung, tapi entah ke mana hala tuju pun tak tahu. Main dayung ikut sedap tangan je, haha.. Ada sekali tu 'accident' dengan kayak Ani & GBM, terus cuak, takut nanti kayak terbalik, tak pasal2 buat drama pulak kat situ kan..

Pelanggaran sesama sendiri
Bila dah berada kat tengah2 tasik tu, tengok pemandangan sekeliling, subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Semua makhluk di muka bumi ini tunduk pada perintah-Nya, tapi kita sebagai manusia, kadangkala lupa dengan nikmat yang Allah berikan..* muhasabah diri*

Tanya sama pokok, apa sebab goyang..
Lepas kayak, pergi masuk PKNS jalan2 window shopping. Menikmati cool blog oreo sambil menemani kawan shopping. Kalau tak silap, waktu tu jpa tak masuk lagi, so aku malas nak shopping, walaupun dalam bank ada duit, malas nak keluarkan sebab situ takde atm bank islam..

Sangat enjoy hari tu, harap sem depan kita pergi lagi ye kawan2! :D

Gelak sakan
Waktu tu awal2 sem lagi, otak pun kurang berserabut lagi, now, study week dah start.
'Pertempuran' kini bermula. Stress pun dah mula datang.
Semoga Allah permudahkan urusanku dan rakan2 seperjuanganku untuk menghadapi exam akan datang, amin..

Semester ini kami perlu menghadapi exam yang penting, Pre-Clinical Exam. Exam ini kali perlu lulus untuk masuk ke primary optometry clinic semester depan. Sem depan kami bakal berhadapan dengan patient yang 'real', bukan lagi classmate yang menjadi patient kami sepanjang 2 tahun ini.. Doakan kami semua berjaya.. :)


p/s: Entri before ni pun pasal picnic jugak, tapi dengan retis, hehe :p

No comments:

Post a Comment