Sunday, October 13, 2013
Memori Usrah wida'
Usrah wida'.
Biasa dengar tawaf wida', iaitu tawaf selamat tinggal. Ini usrah wida'. Usrah selamat tinggal.
Ya Allah, kalau boleh memang tak nak usrah itu jadi usrah wida'.
Setelah 2 tahun, kami bersama, berusrah, bertadabbur, belajar macam2, tauhid, sirah, hadis, tazkirah, tiba2 perlu berpisah. Masing2 akan dipecahkan kepada usrah yang baru.
Banyak memori tercipta bersama mereka. Berkongsi ilmu, masalah, kisah suka duka, sambut hari jadi sama2, masak2 sama, tukar2 hadiah, beriadah sama2, semuanya mengukirkan senyuman apabila mengimbas semua kenangan itu.
2 tahun bukanlah masa yang singkat. Tetapi selepas ini, kami perlu mengikuti usrah yang berlainan, dapat berjumpa kawan2 baru, meluaskan jaringan persahabatan. Berkenalan dengan usrahmates dari course lain pulak. Sebelum ni, belajar sama2, usrah sama2, harapnya dengan course lain ini jugak macam tu, macam mana eratnya ukhuwah macam sebelum ni, macam tulah akan datang datang.
Usrah yang bakal ditempuh ini bakal melatih diri ini untuk menjadi seorang naqibah. Aku bersyukur sangat sebab Fadh jugak dimasukkan ke group usrah baru ini. Ada geng! :)
Berjumpa dengan naqibah baru minggu lepas menghilangkan perasaan cuak sebab lama sangat nak tunggu akak naqibah nak bagitahu. Rahsia benor.. Tapi still cuak lagi sekarang sebab belum tahu siapa usrahmates baru.
Kak naqibah baru tanya, "adakah dah bersedia nak jadi naqibah?" Sejujurnya aku jawab, "setakat ini belum bersedia lagi."
Sampai bila nak bersedia, asyik menerima ilmu sahaja, bila nak menyampaikan. Jangan pentingkan diri sendiri. Bayangkan kita semua naik satu kapal. Kapal menuju ke satu destinasi yang sama. Semua orang mendayung dengan penat lelah, tapi kita duduk atas kapa tu, goyang kaki atas kapal. Orang tak perlukan kita pun, lebih baik keluar dari kapal tu, jangan pentingkan diri sendiri.
Macam tu jugak dengan usrah. Ramai lagi yang perlukan usrah ini. Jangan nak terima sahaja, sampaikan jugak kepada orang lain. Takkan nak masuk syurga sorang2, mesti kita nak ajak orang lain jugak.
Sentap.
Rasa nak nangis pun ada. Mulai sekarang kena perbetulkan niat, berada di jalan dakwah ini kerana Allah, kita perlu kuatkan semangat, banyakkan ilmu walaupun diri ini terasa belum layak dan bersedia. Dengan misi baru, usrah baru, terkenang semula kenangan dengan usrah lama. Kalau diizinkan, nak kembali ke masa itu.
Ya Allah, permudahkanlah perjuangan ini supaya Islam kembali tertegak di atas muka bumi ini.. amin..
Labels:
usrahmates
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Author
Followers
Total Pageviews
ADs
Popular Posts
Labels
myself
(138)
friends
(76)
sharing is caring
(62)
V.I.P
(60)
optometry
(58)
events
(53)
family
(45)
jjmm
(21)
review
(21)
Adam
(19)
birthday
(19)
makan2
(18)
Fadlan
(17)
keychains
(14)
entertainment
(9)
film
(9)
novel
(9)
usrahmates
(7)
jalan2
(6)
sport
(6)
shopping
(4)
MOSSE
(3)
Tips
(3)
contest
(3)
recipe
(3)
contact lens
(2)
Blog List
-
Why I English1 month ago
-
Pengalaman bersalin yang ke-24 years ago
-
-
I CUT APPLE A PARENTING5 years ago
-
OPTOMETRY FAMILY DAY 20168 years ago
-
Bustel Klebang9 years ago
No comments:
Post a Comment