Tuesday, October 15, 2013

Tips untuk hashtag (#) yang berkesan

Selamat hari raya aidil adha kepada semua yang sudi singgah!

Ok, hari ni nak share sikit pasal tips hashtag, tapi takdelah tips mana pun, hehe..

Firstly, pastikan hashtag anda tak mempunyai sebarang simbol,
seperti & , ? , / dan lain2.
Contohnya #lembu&kambing
so hashtag yang dikira hanya #lembu sahaja.
Bagi contoh lembu dan kambing sempena aidil adha ni, hehe

Next, jangan ada 'space' antara perkataan. Pastikan semua perkataan ditaip rapat.
Kalau tak, hanya huruf pertama sahaja yang dikira sebagai hashtag.
Contohnya #salam aidiladha
so hashtag #salam sahaja yang dikira,
sepatutnya #salamaidiladha.

Atau inisiatif lain, gunakan satu hashtag untuk satu perkataan.
Contoh, #salam #aidiladha
Tapi pendapat saya, cara hashtag ni kurang tepat.

Last but not least, untuk pengguna twitter, jika anda protect tweet anda,
hashtag anda tidak dikira,
begitu juga dengan pengguna instagram yang 'private'kan instagram anda.
Apapun, itu semua hak privacy masing2 :)

Perbetulkan hashtag anda, untuk kegunaan orang lain jugak :)

Kegunaan hashtag tu, bila orang nak tahu sesuatu perkara / benda,
just taip and terus jumpa!
Sangat berguna untuk orang berniaga kat instagram, hehe..
Contoh, tapi #corelle then shopping corelle kat situ $$$

Sekian sahaja untuk hari ini, sharing is caring!


p/s:
Saya menulis berdasarkan kajian sendiri, kalau salah harap perbetulkan..
Tak tahu kenapa jadi jurucakap hashtag pulak hari ni, hehe..


No comments:

Post a Comment