Monday, September 30, 2013

Pemergian seorang rakan

Selepas menghadiri slot Wacana Ilmu Inspirasi Jihad Dari Bumi Syria, aku kembali ke bilik asrama. Solat isyak, gosok baju dan online sekejap. Tengah hari melawat ayah di HKL, semoga ayah cepat sembuh, kami sekeluarga semua risau akan keadaan ayah. Petang pulak, bertolak ke Puncak Alam yang memakan masa 3 jam dengan dua bas Rapid KL. So, malam online kejap tengok ada apa2 update penting.

Scroll timeline fb, tetiba ternampak satu status seorang rakan. Katanya seorang rakan telah kembali ke rahmatullah. Rakan tersebut merupakan rakan setugas semasa menjadi Pemimpin Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2012 yang lepas. Terkejut. Innalillahi wainnalillahirajiun..

Mungkin Allahyrham tidak rapat dengan aku, tetapi dia still kawan yang aku kenal. Aku hanya kenal dia just masa seminggu dalam MDS. Tapi kalau jumpa kat kampus tu, bertegur sapa la jugak.

Tetapi...

Yang aku paling teringat, walaupun aku tak kenal dia sangat, dia pun tak kenal aku sangat, masa MDS tu, birthday aku jatuh dalam minggu tu. Aku sedih jugaklah sebab tak dapat nak sambut dengan family dekat rumah kerana perlu memenuhi tanggungjawab di universiti. 

Dalam sedih2 tak dapat nak sambut kat rumah tu, Syamerra bagi aku hadiah. Sedikit sebanyak buat aku happy. 

Dan...

Allahyarham pun bagi aku hadiah. Okay, ini buat aku terkejut. Mula2 ingat tak nak ambik, sebab tak biasa la pulak kan. Dahlah tak kenal sangat. Tapi aku still terima. Terima kasih. 

Dua hadiah yang aku terima sememangnya buat aku gembira dan aku sangat hargainya. Aku bukan gila hadiah, tapi bila orang ingat or tahu birthday kita, dan wish or bagi hadiah, aku memang sangat terharu sebab birthday aku merupakan hari yang paling aku nantikan setiap tahun.

***
Yang aku nak tekankan kat sini, kadangkala kita hanya berbuat baik dengan orang lain, mungkin kita rasa macam kita bagi tu tak seberapa, tapi orang yang menerimanya merasakan ia sesuatu yang besar dan berharga.

Kesimpulannya, sentiasa berbuat baik sesama kita, jika kita sudah tiada, orang sekeliling akan mengingati dan mendoakan kita. 


Pemergian hamba Allah menyedarkan kita bahawa ajal tidak mengira umur dan kesihatan. Allahyarham meninggal dunia semasa tidur. Masya Allah.. Bagaimana kita nanti?

Al fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...amin..

p/s : Baca semula entri birthday & tengok hadiah itu balik, rasa sebak..

2 comments: