Friday, November 02, 2012

Sesi memasak bersama usrahmates

Dua minggu lepas, kakak naqibah ajak kami ke rumahnya untuk mengadakan aktiviti memasak. Sebenarnya, kata kak naqibah, di dalam usrah, kita tidak hanya perlu duduk dalam satu bulatan dan membincangkan hanya hal2 agama semata-mata. Kita boleh berusrah sambil mengadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti memasak. Selepas habis aktiviti memasak, kita kembali membincangkan apa yang kita boleh pelajari daripada yang kita lakukan dan kaitkan dengan kehidupan kita.

Kami memasak bersama-sama makaroni carbonara, bingka roti dan bancuh air roselle.

Makan dalam talam dapat mengeratkan silaturrahim :)

Resipi makaroni carbonara (daripada naqibah, Kak Nabilah)

Sedikit minyak 
Sepaket makaroni (direbus)
Bawang holland (dipotong) - 3 warna lagi menarik!
Cili benggala (dipotong)
Batang saderi (dipotong)
Lobak merah (dipotong)
Daging burger ayam (dipotong kecil)
Cendawan butang (dipotong)
Sedikit minyak masak
1 kotak susu full cream 

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland.
2. Masukkan cili benggala, batang saderi dan cendawan butang, kacau agar tidak hangit, api tidak perlu kuat sangat, dan biarkan sehingga berair.
3. Kemudian, masukkan daging burger ayam, biarkan seketika sehingga masak.
4. Seterusnya, masukkan susu dan kacau sehingga mendidih. 
5. Taburkan garam secukup rasa dan serbuk oregano dan origano kasar.
6. Letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.  
*kadang2 bila panas tak pekat, bila sejuk akan pekat, jadi agak2 lah tekstur kuah itu ye.. ;) *
7. Akhirnya, tuang kuah carbonara ke dalam macaroni tadi.


Kuah carbonara

Rebus makaroni

Sedia untuk dimakan

Resipi bingka roti (daripada usrahmate, Fadh)
Sebuku roti (dicarik)
3/4 mug gula
1 tin susu cair
1 mug santan
Kismis (kalau nak letak)

Cara-caranya:
1. Carik2 roti dan rendam dengan santan, gula dan susu cair di dalam loyang.
2. Biarkan campuran tersebut kembang selama setengah jam.
3. Masukkan loyang ke dalam oven dengan suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
4. Sejukkan dan boleh makan! :)

Menunggu bingka roti masak dengan penuh kesabaran..

Bingka roti


SELAMAT MENCUBA! 

p/s: Apa yang penting, KERJASAMA! :)

4 comments:

  1. atinn,sedapnyewww.teliuq kite

    ReplyDelete
  2. Jiwa kacau ketika dan saat itu. first time berbukak puasa ketika hampir menjengah ke isyak. Ya Allah, ternyata kesabaran ku tak seteguh yang disangkakan..Astaghfirullahalazim

    ReplyDelete