Monday, May 06, 2013

V.I.P 2nd Anniversary Celebration

Tanggal 28 April yang lepas, bertempat di Redbox Ria, Sogo, KL telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun yang kedua kumpulan Versatility In Performance (V.I.P) yang dianggotai oleh Adam, Yandy, Marlon, Amen dan Afiq.


Tak sangka rupanya dah masuk 2 tahun aku menjadi peminat setia kumpulan V.I.P. Tapi kalau ikutkan sebenar, aku belum cukup 2 tahun lagi, bulan 22 Mei (tarikh 1st time jumpa mereka) nanti, hehe..


Antara gambar sepanjang dua tahun bersama mereka :)

Keluar je poster pasal event ni, sepantas kilat aku tweet adik ajak dia join (atau erti kata lain temankan). Dia kata nak! Nak dijadikan cerita, sewaktu aku mendaftarkan diri pada hari berkenaan, nama aku atas sekali, kau ada? :p Nampak tak semangat di situ, hehe..

Tema untuk anniversary adalah crystal blue. Setiap orang yang hadir dapat button comel ni. :)

Bagi aku, susunan huruf itu sangat kreatif! :)


Aku bukanlah peminat fanatik, aku sekadar menyokong mereka, kerana aku sudah anggap mereka sebagai kawan2 baik aku sendiri. Untunglah aku ada kawan baik lelaki, retis lagi, hehe.. ;)

Aku tahu sejarah mereka, aku faham perjuangan mereka. Bagi yang tidak faham, tidak habis2 nak melontarkan kata2 makian dan cacian. Apa nak buat, bukan senang nak puaskan hati semua orang.

Berbalik kepada event, mula2 kami diberikan sampul surat yang berisi gambar terbaru V.I.P & tag anniversary V.I.P.





Mula2, untuk pembahagian kumpulan, kami perlu pass bear sebagai kotak beracun. Bila bear di tangan, akan diberikan reben pelbagai warna tanda kumpulan. Aku dapat kumpulan A. Alia dapat kumpulan C. Tapi sebagai orang terakhir yang pegang bear, Alia dapat hadiah. Nak tau apa? jeng, jeng, jeng..

Reben yang mewakili group A


Group A

Ok, ada banyak aktiviti yang diadakan, semuanya BEST! Antaranya musical chair, teka lagu, cari barang tersembunyi, kuiz, puzzle, lucky draw, teka perkataan dan tayangan montaj.

Kak Deeda selaku pengerusi majlis

Permainan puzzle

Seterusnya, teka lagu. Kak Weina dah beritahu yang ada 4 lagu V.I.P dan satu bukan lagu V.I.P. Untuk teka lagu, lagu itu dah diputar belitkan (betul ke ayat aku ni). Lagu pertama Lagu Sedih, kedua Selamanya, ketiga Kemarau. Dan yang keempat ramai yang tak dapat teka. Memang bunyi yang didengar sangat susah diteka. Ada yang teka Lagu Sedih. Dengan Atikah (keberanian) yang aku ada, aku angkat tangan dan jawab. Lagu Pasal Awek. Betul!!! Hehe, lagu V.I.P yang tu je yang belum disebut, jadi itulah jawapannya, lagipun bunyi memang part rap. Dapatlah menyumbang mata kepada kumpulan.

Eh, lupa nak bagitahu, antara ahli group aku, adalah Kak Zieha, Kak Ainaa, Kelly, Hazwina, Ayien dan Izan. Dulu masa 1st anniversary V.I.P pun aku satu group dengan Kak Zieha jugak, hehe ;)

Setelah lama aku tak mendapat lucky draw, alhamdulillah aku dapat lucky draw! Afiq V.I.P yang cabut okay, hehe.. Nak tahu apa hadiah yang aku dapat? Tungguuu..

Acara potong kek disempurnakan oleh Afiq dengan lagu Happy Birthday ala2 chipmunk berkumandang.

Happy birthday to you..


Afiq potong kek macam sambut bday dia, hehe


Kek coklat yang sedaaap

Untuk kuiz yang dapat special button yang cute, aku cuba untuk menjawab soalan yang aku yakin betul. Okay, Kak Deeda beri peluang Afiq beri soalan. Afiq beri soalan, "Bilakah tarikh lahir Afiq?" Aku dengan pantas mengangkat tangan, "31 Mac 1993". Betul! Alia kata, ada ahli group dia yang tabik dengan aku yang dapat jawab soalan itu. Actually, dari rumah sampailah ke Sogo itu, aku dengan Alia duk sibuk hafal nama penuh dan tarikh lahir semua ahli V.I.P. :) Sebab bagi aku, itu je soalan yang senang nak dijawab. Yang lain nanti memerlukan ingatan yang kuat untuk menjawab soalan. Then aku dapat button yang cute miut ni :)



Di penghujung acara, kumpulan yang paling banyak mata diumumkan sebagai pemenang. Dan kumpulan A adalah JUARA! Yeay! Alhamdulillah..

Ok, sekarang nak cerita pasal hadiah LUCKY DRAW. Sebelum aku bukak, aku teka t-shirt sebab bila pegang rasa macam kain. Alia kata towel. Otw balik rumah, aku bukak sebab dah tak sabar nak tau apa benda. Bukak satu hujung hadiah tu dalam lrt. SEJADAH! Dulu aku pernah jugak teringin nak beli sejadah mini ini. Tapi tak terbeli jugak. Akhirnya dapat free! :)


Sejadah

Alia pulak dapat t-shirt I'm VIP warna pink. Dulu aku beli warna hitam tulisan gold, Alia tak beli. Then, Alia dapat free! Untunglah alia dapat warna pink! By the way, jealous dengan orang yang dapat hadiah daripada ahli V.I.P sendiri, huhu..

Secara keseluruhannya, sangat enjoy, dapat berkenalan dengan kawan baru, jumpa kembali kawan lama. Terima kasih kepada pihak penganjur, Kak Weina, Kak Deeda, Abang Hanis, kawan2 group A, kawan2 group lain, muka2 baru peminat V.I.P. Jom kita sama2 teruskan menyokong V.I.P :)

Happy 2nd Anniversary from we all :)

Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. Tentu ada hikmah di sebaliknya..

Sebelum berangkat pulang, bergambar dengan Afiq V.I.P. Untuk pengetahuan, Afiq merupakan ahli terbaru dan paling muda dalam V.I.P. Kira adik bongsu la dalam V.I.P ni kan. Dan jugak pangkat adik bagi Fatin sebab dia muda setahun. V.I.P lain semua abang2.. ;)


Kepada ahli V.I.P,
terima kasih banyak2 kerana menghargai fans anda :)
All the best! We will always support you guys!
Adam dan Yandy, thanks sebab dah kenal dan cam Fatin, hehe..
Marlon, Amen dan Afiq, Fatin tak sure mereka cam Fatin ke tak, huhu..

Ok, dalam tayangan montaj hari tu, teringat kat dua lagi bekas anggota V.I.P, Fadlan dan Ryan..
Ingat lagi waktu 1st entri pasal V.I.P iaitu Kenali V.I.P dulu, bagi link kat diorang, terus diorang view & bagi komen.. :)
Dah lama tak jumpa mereka.. Fadlan semakin sibuk dengan lakonan dan Ryan pula dengan group barunya, B4Ts. Fatin harap event anniversary V.I.P yang ketiga nanti penganjur boleh ajak mereka sebagai tetamu jemputan sebab mereka adalah sebahagian yang menaikkan nama V.I.P pada tahun 2011 dulu. :)
Padahal itu sahaja cara senang boleh jumpa dengan diorang :p

pics credit to Kelly Fadzli, Aico Fc & myself

Last but not least, jom undi lagu baru Selamanya - V.I.P di Prebiu Era or klik di SINI. Thanks a lot! :)

p/s:
#throwback V.I.P 1st Anniversary Event

2 comments:

  1. hahaha..fasal ni ameen ada juga update at fb tp saya x join pun..saya pun mnt mereka juga...saya x join sbb mereka dok jauh...btw saya pun dah pernah jumpa mereka at jelajah janji ditepati tahun lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, next time ada rezeki boleh jumpa mereka lagi.. :)

      Delete