15 April lepas, Fatin menghadiri 'VIP 1st Anniversary Event' di Red Box, The Gardens yang bertemakan Corporate Attire, Silver & Black. Majlis bermula dari jam 12 hingga jam 3 petang. Tetamu dibahagikan kepada 5 kumpulan melalui cabutan sendiri. Fatin dapat group C sekali dengan Kak Asilah, Kak Munirah, Kak Mariena dan Kak Zieha. Dimulakan dengan aktiviti mencipta nama, logo dan moto syarikat untuk dibentangkan di hadapan bos masing-masing. Sebelum itu, bos untuk Fatin adalah Yandy V.I.P. Selepas habis pembentangan, ada pelbagai acara lagi seperti mencari barang, kuiz, persembahan montaj, persembahan V.I.P versi a cappella, penyampaian anugerah dan soal jawab bersama peminat.
Untuk kuiz, Fatin dapat soalan tentang bilakah V.I.P kan melancarkan album pertama berdasarkan video Adam dalam temubual bersama Budiey. Jawapannya tentulah bulan jun. Lagi satu soalan Fatin dapat Lagu Sedih pernah menjuarai carta stesen radio apa. Jawapan semestinya radio Hot FM. Nasib baik Fatin dapat soalan yang Fatin boleh jawab. :) Btw, boleh tengok video temubual Budiey bersama Adam di SINI atau temubual Budiey bersama Fadlan di SINI. Secara keseluruhannya, haruslah sangat happening! Ahli kumpulan V.I.P iaitu Adam, Fadlan, Yandy, Marlon dan Amen mesra dengan peminat. Walaupun
VIP tidak memenangi sebarang anugerah untuk ABPBH 2011 tempoh hari, pihak AVX
telah memberikan mereka anugerah VIP Special Awards, sebagai tanda
kemenangan di atas ketabahan & kejayaan mereka selama ini.
Dari kiri: Adam, Marlon, Amen, Fadlan, Yandy
The Most Versatile Member - Adam The Most Energetic Member - Marlon The Most High-Pitched Member - Yandy The Most Adorable Member - Fadlan The Most Humble Member - Amen
Selepas tamat majlis, ada sesi bergambar. Fatin sempat minta autograf daripada ahli V.I.P buat kali kedua. Dulu dah pernah minta masa 2nd time jumpa V.I.P. di Wangsa Walk Mall sebab ingat dah tak jumpa dah. Tapi hakikatnya, jumpa banyak kali dalam tempoh setahun ini.. hehe.. :p
Then, Fatin minta birthday wish dan autograf dari Fadlan untuk adik Fatin, Alia. Fatin tak dapat nak bawak Alia sebab lepas habis event, Fatin akan terus balik ke Puncak Alam. Kalau hantar Alia dulu, maybe nanti kena balik uni waktu malam. Btw, Fadlan ada ucapan khas untuk peminat, tungguuu next post.. ;)
Waktu minta autograf dengan Adam pulak, Adam macam biasa tanya Fatin, "Adik tak datang?" Fatin pun jawablah tak. *Alia, untunglaa Adam tanya lagi.. :p
Akhir kata, Fatin nak ucapkan Happy 1st Anniversary kepada kumpulan V.I.P (Versatility in Performance). :D Semoga terus maju ke hadapan dan jangan putus asa. V.I.P terbaik! <3
Bergambar dengan keychain I <3 V.I.P sekali, hehe.. ;)
Let's watch V.I.P 1st Anniversary Montage by AicoVX. :)
yayyyyyyyyyyy bestt
ReplyDeleteevent ni best ke, entri blog ni yg best? hehe.. ;)
Delete