Friday, February 01, 2013

" I'm sinning & I know it " talk by Sis Wardina



Last Sunday, my sis and I attended a talk by Sis Wardina Safiyyah at Masjid Bulat, Petaling Jaya.
Talk entitled "I'm sinning and I know it"
My sis really adore Wardina, me too.. hewhew
This is the second time we met Wardina. Face to face.
Before going there, we reminded ourselves 'niat' to go there.
"Nak tambah ilmu, kerana Allah, bukan nak jumpa Wardina semata-mata.."

Amalan tanpa niat adalah sia-sia.



Introduction
At this day and age where socialising is at the tip of our fingers or a mere phone call away, dating too has become a norm. Dating, as many are aware, is a form of courtship done by two people with the aim of assessing one another's suitability as a partner in a more intimate relationship such as marriage. However, the question is -Where does dating stand in Islam? Is there even such a thing?

I would like to share some knowledge that I have gained there.
Sharing is caring right? Caring is loving. :)



[segala ayat2 di bawah adalah ayat2 susunan sendiri tetapi masih mengekalkan maksud yang sama seperti yang disampaikan]

Sis Wardina asked us "That is a 'BORDER LINE' between a man and a woman. How do we ensure that we don't across the 'BORDER LINE'?

Semua senyap. Fikir dan terus berfikir.

Ada beberapa hadirin memberi jawapan.
Antaranya, hubungan antara lelaki dan perempuan itu dengan Allah ibarat segi tiga. Can you imagine it? Kiranya apa yang kita buat, berpandukan hukum Allah. Jadi, hubungan itu dengan izin-Nya tidak akan 'menyimpang' ke lembah yang tidak baik.

Sis Wardina mengelaskan tiga golongan.

Golongan pertama, yang sangat menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Tidak dating. Tidak melakukan perkara2 yang menghampiri zina. Golongan ini sangat takut kepada Allah. Takut untuk melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. They never touch the 'BORDER LINE'.

Golongan kedua pula, golongan biasa. Masih mengetahui batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan. Namun, masih berdating untuk mengenali dengan lebih dekat pasangan sendiri. Tetapi persoalannya, bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa kita TIDAK akan yang Allah murka. Pegang2 tangan misalnya? Seperti yang kita tahu, jika berdua lelaki dan perempuan, pasti ada yang KETIGA iaitu Syaitan. Syaitan akan cuba untuk mengajak manusia ke arah keburukan.

Golongan ketiga pula, golongan yang melanggar batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Zina dan sebagainya.
Semoga kita semua dijauhkan daripada golongan ini.

Renungkanlah di mana kita..

Berbalik kepada persoalan bagaimana kita boleh memastikan bahawa kita TIDAK akan sentuh 'BORDER LINE'? Antara caranya adalah tidak bersentuhan antara pasangan. No physical touch. Kita selalu melihat pasangan bercinta berpegangan tangan. Love can be shown the other way, for example gifts and words, NOT by holding hands and touching here and there. Lelaki yang baik TIDAK akan menyentuh perempuan sesuka hati.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-nur ayat 26)
 
Next, take care of your eyes. Lower your gaze. All start with your eyes.

Sama ada kaum Adam mahupun kaum Hawa, Allah perintahkan kedua-duanya untuk menundukkan pandangan.

Ayat 30 surah an-Nur,

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan merekaYang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’ 

Sebahagian Ayat 31 surah an-Nur,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’ 

Jam 4 petang, ada sesi Q&A. Ada muslimah A berumur 21 tahun yang bertanya tentang isu kahwin awal tetapi dihalang oleh ibu bapa. Wardina kata, itu bergantung kepada diri kita jugak. Adakah anda sudah berfikir perancangan yang sangat detail tentang masa depan. Ada sesetengah keluarga yang 'islamik' tidak kisah anaknya berkahwin awal kerana percaya pada rezeki Allah.

Ada muslimah B bertanya tentang jodoh dan usaha. Kawan2 dia kata perlu usaha. Usaha, usaha, usaha. Usaha yang macam mana? B kata, dia berusaha untuk menjadi muslimah yang baik. Then, Wardina tanya dah ready ke nak kahwin? B kata belum. Kalau belum ready, itu masalah diri kita sendiri. Kalau kita ready, kita beritahu ibu bapa, in sha Allah jodoh itu akan tiba.



Kak Dina kena balik cepat sebab ada hal lain, walaupun tak pandang kamera,
dapat bergambar sebelah pun jadilah :)
Dulu dah pernah jumpa Wardina dalam event 'We are beautiful, Allah loves us' kat Masjid Wilayah.

Sekian sahaja perkongsian saya. Semoga kita sama2 ambil pengajaran.
:)

No comments:

Post a Comment