Tuesday, February 05, 2013

HIJAB EVENT 2013 @ MASJID AS-SYAKIRIN KLCC





Sabtu lepas, Fatin & kakak menghadiri Hijab Event 2013 di Masjid As-Syakirin, KLCC. Pada mulanya, semangat nak pergi sebab moderator forum untuk Hijab Talk adalah Wardina Safiyyah. Tapi selepas mendaftar on9, dapat emel mengatakan bahawa Wardina tak datang & digantikan dengan orang lain. Walaupun agak kecewa, tapi kami tetap hadir kerana majlis ilmu tidak harus ditinggalkan.

Kami bertolak ke KLCC kul 7.30 pagi. Fatin lepas event ni, Fatin kena bergegas ke Shah Alam pulak sebab ada event lain esok hari. Sampai Masjid As-Syakirin, banyak booth yang dibuka, Ada jual jubah, skirt labuh, tudung bawal, shawl, cupcake dan macam2 lagi.

Alhamdulillah, kami daftar awal, so dapat pink goodies bag yang sangat comel. *peminat pink haruslah suka..*


Kalendar

Biskut oat
Sebelum majlis bermula, tetiba nampak Wardina masuk. Terkezzut & excited! Hijab talk ini disampaikan oleh Dr. Harlina Siraj & Dr Fadila Grine dan moderator adalah Wardina Safiyyah. Sebelum ini, kami telah menghadiri event yang julung kali diadakan iaitu 'We are beautiful, Allah loves us' di Masjid Wilayah.

 

Alhamdulillah kehadiran muslimah hampir memenuhi dewan utama dewan
 
Dr Grine, Sis Wardina, Dr Harlina





Di sini Fatin ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang Fatin dapat semasa di sana.

[segala ayat2 di bawah adalah ayat2 susunan sendiri tetapi masih mengekalkan maksud yang sama seperti yang disampaikan]

Penyampaian Dr Harlina :

Allah sudah perintahkan hamba-Nya untuk menutup aurat sejak zaman Nabi Adam lagi. Dalam surah Al-A'raf ayat 26. Pakaian yang terbaik adalah takwa.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). 
(Ayat 26, surah al-a'raf)

Allah mengingatkan kita supaya jangan diperdayakan oleh Syaitan yang mana Syaitan adalah teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibubapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Ayat 27, surah al-a'raf) 

Ada sesetengah orang mengatakan kita cantik, kenapa perlu tutup kecantikan yang ada (tutup aurat). Beauty depends on who's watching. Kenapa mahu kelihatan cantik di mata manusia? Tutup aurat semata-mata untuk Allah satu-satunya. Tutup aurat seiring fitrah, sopan, selamat, kualiti minda.

It's like speed bumps, regulator of human behaviours. Bila kita tutup aurat, orang akan lebih hormat kepada kita. Sebagai contoh, kalau kaum wanita tidak menutup aurat, mereka merasakan mereka 'bebas' menyentuh wanita itu, TETAPI TIDAK kepada wanita yang menutup aurat, kaum lelaki lebih hormat dan berfikir "oh, perempuan macam ni tak boleh sentuh2 ni." Jadi, maruah kita lebih terjaga.

Kita tak perlu risau kalau kita tutup aurat, kita tak cantik. A smile is a beautiful 'curve' of our body. Senyumlah, kerana senyum itu cantik dan senyum merupakan sedekah. :)

Penyampaian Dr Fadila Grine :

Orang yang memakai hijab, digelar 'muhajjabah'. Muhajjabah berasal dari perkataan hijab. BUT, some people covering, BUT NOT muhajjabah. Muhajjabah menutup aurat dengan sempurna, tidak hanya menutup apa yang perlu ditutup. Tudung perlu menutup dada, pakaian tidak ketat dan tidak jarang dan tidak menyerupai penganut agama lain. 

Dr Grine bertanya kepada hadirin apa itu Hayaa'. Hayaa' means shyness. Shyness is from Allah. Hayaa' pushes us to avoid anything distasteful or abominable. Fundamental duty of each Muslim is to submit to Allah and whatever Allah wants of them.

"But no, by your Lord, they can have no Faith, until they make you (Muhammad, peace be upon him) as a judge in all disputes between them, and find no resistance against your decisions, and accept (the decisions) with full submission." 
(Surah An-nisaa' : 65)

Sis Wardina makes a conclusion, we to have three things:
TAKWA, HAYAA' and SUBMISSION to be a better muslim.

Untuk sesi Q&A, ada seorang muslimah bertanya tentang isu tidak memakai telekung. Dia bercerita tentang dia ditegur oleh seorang mak cik yang mengatakan bahawa dia perlu memakai telekung semasa solat. Dan mak cik tu tanya, "Itu mazhab mana tu SOLAT TAK PAKAI TELEKUNG?"

Seperti yang kita tahu, kita perlu menutup aurat dengan sempurna. Bagi perempuan, kita perlu menutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Seperti mana pakaian yang kita solat, macam itulah yang kita perlu pakai semasa di luar. Justeru, pakaian yang sudah ditutup dengan sempurna, maka kita boleh memakai pakaian yang kita pakai yang menutup aurat untuk solat. Di sini kita perlu mengubah mind set sesetengah orang. Tidak salah jika solat tidak memakai telekung asalkan pakaian yang kita pakai menutup aurat dengan sempurna.

Soalan seterusnya berkaitan bersalin dengan doktor lelaki. Seorang muslimah bertanya, bagaimana kalau bersalin dengan doktor lelaki atau nurse lelaki. Kita boleh request doktor perempuan awal2 sebelum bersalin. Tetapi kalau dah ketiadaan doktor perempuan, dibolehkan doktor lelaki. Islam itu mudah.

Ada muslimah bertanya tentang bos yang bertanya dengan penghijrahannya memakai tudung. Bos dia bertanya, "Apa yang mimpi sampai bertudung?" Jawab muslimah itu, "Saya tidak mimpi apa2, saya sudah terbuka hati dan bersedia untuk memakai tudung kerana Allah." Tetapi ada sesetengah orang tidak memahaminya. Muslimah tersebut merupakan selebriti dan perlu untuk bergaya bagi mempromosikan produk syarikatnya. Maka, kita selaku muslimah perlu menunjukkan contoh yang baik dan meyakinkan bahawa berhijab tidak menghalang sesuatu perkara. Kita perlu niat setiap perkara yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka In Sha Allah, Allah akan memudahkan urusan kita.

Selepas tamat, kami berpeluang bergambar dengan Sis Wardina. Disebabkan dah jumpa Wardina seminggu lepas, Wardina tanya kakak, "Eh, macam pernah nampak you ni," Kakak kata, "Ahad lepas I pergi talk kat PJ." Apa lagi, excited lah kakak, Wardina dah recognise dia!

Kak Dina <3

Kami berjalan2 sekitar perkarangan masjid melihat booth yang ada. Kakak yang merupakan penggemar kek dan cupcake membeli red velvet cheese cake dan cupcake perisa lain. Sedaaap! Fatin pun suka jugak makan kek ni. :)


Ini je yang sempat di capture, yang lain dah kena telan :p
Lepas tu jalan2 jap kat KLCC.


Kakak singgah kat Bisou pulak sebab nak rasa rainbow cake. Sedaaap! Kitorang share je sebab just nak rasa & sebenarnya dah rasa sedikit muak sebab dah telan red velvet cheese cake. Lepas makan, minum air mineral tak kira mililiter sebab dah banyak makan manis.

Rainbow cake
Then, terus gerak ke Shah Alam.
Esok sambung entri kisah menarik di Shah Alam pulak ;)
Btw, boleh singgah ke blog kakak saya yang join ke event ni di SINI

p/s: Sama2 kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..

2 comments: