Thursday, January 31, 2013

Jom Fiesta di Kompleks Sri Utusan

Sambung entri lepas [26.01.13] V.I.P @ Jom Fiesta, Kompleks Sri Utusan.


Sambil menunggu Adam tiba di booth klinik perubatan islam hari tu, Fatin & adik beli penanda buku yang bertulis khat di khemah yang sama.


Kalau ada bijak bestari, cuba baca tulisan di bawah ini :D






Then singgah kat hampir semua booth, belek2 buku & majalah, tapi tak beli satu pun! hewhew..
Alasan, tak dapat baucar buku lagi, hehe..
Duit kat bank malas nak kuarkan..
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. :p

Singgah satu booth ke satu booth..
Ramai selebriti yang hadir ke situ..
Antaranya V.I.P (haruslah mention dulu kan), Baby Shima, Tasha Shilla, Amran Ismail, Along Raja Lawak, Imuda, Erry Putra, Fimie Don, Azam Idola Kecil 2.

Adik beria nak amik gambar dengan Amran. Fatin tolonglah amik gambar. Then, Amran kata, "Adik, tunggu kejap, abang nak bagi album ni, ni last ni.."


Terkezzut mendengarnya.

Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.

Amran turunkan autograf kat album. Dia tanya nama kitorang & kata sorry sebab kena share. Takpe, sebab kitorang adik-beradik. Then dia pun bagi. Ini single pertama Amran, INI JANJIKU. Lagu dan lirik oleh Amran sendiri.

To Amran, Ini Janjiku is a nice song! All the best in your career! :)


Kalau anda belum dengar lagi, bolehlah tengok video di bawah! :)



Lepas itu, bergambar dengan Tasha Shilla pulak sebab dia ada dalam booth yang sama.

Btw, kat situ jugak, Utusan melancarkan tiga buku baru, majalah Lawak Bumper, Siri Lawak terbaeeekkk Mastika edisi Tiptop dan Siri Lawak terbaeeekkk Mastika edisi Meletop.

Imuda & Along Raja Lawak turut merasmikan majalah baru keluaran Utusan
Anda boleh mendapatkan majalah Lawak Bumper dan Siri Lawak Terbaeeekkk Mastika di kedai buku berhampiran di seluruh negara dengan harga pasaran RM11.90 dan RM7.

Sebelum mengakhiri entri, isnin lepas, Adam ada keluar dalam akhbar metro. 
Tajuk artikel 'Mampu mengubati orang lain'. 
Kalau belum baca, boleh baca di SINI.

p/s: 
Esok sambung entri tentang talk by Sis Wardina, nantikan! :)
Good night & Sweet dream,
Jangan lupa doa sebelum dan selepas tidur :)

2 comments:

  1. bila lah nak dapat voucher buku kan ? -___-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatin dah dapat baucar buku tadi, hehe

      Delete