Minggu Destini Siswa (MDS) sesi september 2012 dah lama habis, tapi baru berkesempatan nak menaip.. huhu
Fatin telah terpilih untuk menyertai MDS dan dilantik untuk menjadi ahli biro kebajikan dan perubatan. Semasa dalam borang permohonan dulu Fatin mohon biro makanan dan biro sukan dan kebajikan. :) *makan je tahu, hehe*
Sejujurnya masa mula2 nak join MDS ini rasa berat hati jugak sebab kena korbankan cuti hari raya dan yang paling PENTING tak dapat sambut BIRTHDAY dekat rumah.. huhu.. Tapi yang pasal birthday tu, seronok itu datang selepas mendapat dua hadiah birthday on my birthday.. :D
Tapi, apapun, sebelum mula MDS, kena perbetulkan balik niat tu. Tolong pelajar baru mengubah destini anak bangsa. Insyaallah..
Sebelum bercerita lebih lanjut, Fatin nak perkenalkan rakan seperjuangan saya, iaitu Nazrin selaku ketua biro dan Shazwani yang juga ahli biro. Walaupun kami berbeza umur, tetapi 'chemistry' itu tetap ada. :)
Kepada Nazrin, terima kasih atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan. Daripada orang baru yang tak tahu apa2, Fatin dapat belajar banyak benda. Anda memang seorang ketua yang sangat baik. :) Minta maaf andai ada salah silap dan terkasar bahasa..
Kepada Wani, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan tolong Fatin masa Fatin tak sihat hari tu. Wani memang comel! :) Minta maaf andai ada salah silap dan terkasar bahasa..
Pada hari pertama MDS, kami membantu pemimpin mahasiwa (pm) lain menguruskan pendaftaran. Hari seterusnya, memulakan tugas sebagai
Sepanjang MDS ini, Fatin dapat berkenalan dengan ramai pm dengan pelbagai ragam. Ada yang serius, ada yang gila2, ada yang kelakar sampai nak pecah perut orang dibuatnya, ada yang pemurah, ada yang prihatin dan macam2 lagi. Walaupun baru kenal, tapi rasa macam dah kenal lama. Sangat senang untuk bekerjasama dengan diorang!
Dalam sibuk menjaga pelajar yang tak sihat hari tu, Fatin pun sekali jadi tak sihat. Tapi just batuk dan sakit tekak je. Alhamdulillah, tak teruk sangat. Yang kelakarnya, ada satu hari tu, Fatin jaga pelajar yang sakit kat sick bay, dua2 nama dia Fatin. Memang hari tu HARI FATIN SAKIT SEDUNIA.. :p
Akhir kata, Fatin nak ucapkan terima kasih jugak kepada semua pm dan pelajar baru (pb) yang terlibat atas kerjasama dan memori yang tercipta sepanjang MDS. Minta maaf andai ada salah silap dan terkasar bahasa, terlanjur bicara kepada anda semua.
Tetiba nak layan lagu Masihkah kau ingat dan Sahabat selamanya yang menjadi persembahan last pm pada malam aspirasi seni. Jom layan! :)
p/s:
Selepas habis MDS, ada pb yang still contact Fatin untuk bertanyakan macam2 soalan..
salam kenal.. folloer 256
ReplyDelete