Sunday, January 20, 2013

TEMAN SEMESTER 3

Assalamualaikum..
saat entri ini ditaip, hati sudah melonjak kegembiraan kerana final exam sudah tamat.
Alhamdulillah,
syukur atas kesihatan yang Allah kurniakan sepanjang peperiksaan berlangsung.
Kini, bermulalah cuti semester sehingga 3 Mac.
Masa untuk merehatkan minda, masa untuk 24jam bersama keluarga tercinta, 
masa untuk main dengan Fedora, masa untuk hero2 vip, 
masa untuk bergelar full-time blogger.. ;)

Semester 1 keluar dengan entri Rindu my ex-roommate,
semester 2 pulak dengan Roommate 'sekampung'.
semester ini teman semester 3. :)

Duduk kolej ini kiranya satu bonus jugak, dapat roommate lain2 setiap sem. 
Dapat kenal ramai kawan. :)

Sem ni Fatin daftar sekali dengan roommate, Hanisah yang mesra disapa Kak Nisa.
Daftar sama2 lepas habis MDS sebab dia pun uruskan MDS jugak, 
tapi kat Shah Alam.

Kak Nisa tua setahun daripada Fatin. 
Bila dapat roommate pangkat kakak, 
terubatlah rindu dengan dua orang kakak kat rumah..
Tapi masing2 dah kahwin..

Banyak memori yang terukir sepanjang bergelar roommate Kak Nisa ni..
Ada satu hari tu, ada lebah masuk ikut tingkap,
terbang2 dalam bilik dengan laju dan tak tentu hala.

Kitorang cuak jugaklah sebab takut jugak nanti kena sengat kan..
Ye lah, hinggap merata-rata, kat atas katil lah, kat lampu lah,
hingga atas badan karang tak pasal2 pulak kan..

Then, Kak Nisa ambik penyapu dan pappp!
Ok, selesai.

:)

Kepada Kak Nisa, 
Thanks for everything!
Best sangat dapat roommate yang ceria macam akak,
harap jumpa lagi next sem!
Minta maaf kalau ada salah silap..
:)
Akak, kalau rindu Fatin pasang lagu Ujian Hidup tau, hewhew :p
Fatin kalau dengar lagu Maroon 5, terus teringat ringtone phone akak.. :)

Ini idea Fatin, then Kak Nisa kata, "Eh, ni pose Adam ni.." >.<

Tak payah nak ipad sangat la kan, amik gambar guna phone je.. :p





Apabila ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya, 
kerana kemungkinan satu kekurangan darinya, kau mungkin akan menjauhinya.


p/s:
Sejak download apps FotoRus, semua gambar nak edit guna FotoRus, hehe ;)

2 comments: