Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kini sudah hari ke-4 kita berpuasa. Lebih kurang dua minggu Fatin berada di rumah sempena cuti semester ini. Sedikit rasa rindu pada room mate di kolej yang kini telah bergelar ex-roommate.
Roommate Fatin yang mesra disapa Fiya ini 'SEKAMPUNG' dengan Fatin. :)
'SEKAMPUNG'? Oh lupa bilang gadis ni Kay Ell.. Oh Kay Ell..
*amboi, seronok menyanyi.. :p
Fatin ambik lirik 'Untuk Dia' ni sebab entri ini untuk dia, ey! untuk dia.. ;)
Ok tak payah nak Kay Ell sangat la kan.. K.L = Kuala Lumpur. Bukan Kandang Lembu atau Kuala Lipis.
*bak kata kawan Fatin, kolompo sudah.. ;)
Ha, cakap pasal Kuala Lumpur ni, dulu pernah 'berdebat' dengan kawan2 suatu masa dulu. Pasal K.L ni lah. Dipendekkan cerita, bukan semua K.L. ni suka bersosial. Faham kan maksud saya?
By the way, bersosial di muka buku itu lain cerita. ;)
Jangan sebab tengok drama kat dalam tv tu, dah fikir K.L. ni tempat tak elok.
Tapi tak semua tempat macam tu.
Tapi tak semua tempat macam tu.
Dan jangan menilai orang dari tempat tinggalnya.
Eh, dah lari topik. Ok, berbalik kepada topik kita,
Fatin sangat seronok dapat roommate 'sekampung' ni.
Sebab sama2 duduk di bawah 'payung' yang sama. *payung la sangat.. :p
Senang berborak, bergosip, bergelak tawa, berkongsi kesedihan dan macam-macam lagi. Ada sekali tu, kitorang balik 'kampung' dari uni sama2. Haruslah seronok kan, daripada balik seorang diri.. huhu
Kepada Fiya, thanks for everything! Minta maaf andai ada salah silap..
Kahwin nanti, jangan lupa jemput.. Kte nak jadi tetamu V.I.P.. hehe :p
Gambar di bawah ini adalah sangat bernilai! Sebab? Sebab gambar ni diambil sewaktu Fatin dah nak balik rumah waktu last day. Alhamdulillah, sempat ambil gambar sebelum balik. Fiya waktu tu baru lepas
exam, last paper dia. Kalau tak sempat, boleh jadi Lagu Sedih.. :(
<3 p/s: Dari twitter @SantapanMinda, Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman. |
Amboi.. untung lerr.. ader roomate sekampung..
ReplyDelete*Erkk.. di Kayy T xder? Hihihi
eh, kan dah share psl org di Kayy T di taman botak hari tu.. hihi ;)
Delete