Entri ni sepatutnya di publish awal, tapi disebabkan gambar2 banyak diambil menggunakan kamera abg ipar, maka kelewatan mendapatkan gambar menyebabkan entri ini tertangguh..
Alhamdulillah, selesai majlis menyambut menantu. Bukan Fatin yang menyambut menantu, Fatin menyambut kakak ipar. Nampaknya mak dan ayah sudah menerima tiga menantu, dua lelaki dan satu perempuan.
Bilakah mereka akan menerima menantu yang keempat? tettttttt.. haha, soalan cepumas 24 karat. :p
Sudah, sudah, entri ni bukan untuk cerita pasal jodoh aku, entri ni cerita pasal jodoh abang.
Majlis akad nikah dan kenduri belah perempuan diadakan pada 15 September lepas. Kenduri belah lelaki buat lambat sebab nak tunggu kakak kat Australia balik Malaysia dan adik lelaki habis SPM.
Fatin balik hari jumaat malam, sebab petang ada kelas.
Sampai rumah..
Abang: Esok pakai baju apa?
Fatin: Pakai jubah hijau. Kenapa?
Abang: Kalau jadi pengapit, nak tak?
Fatin: (terdiam) Pengapit? Kalau pengapit, kena pakai baju warna apa? pink? (sebab pengantin baju pink)
Abang : Pengapit lelaki (adik) pakai baju coklat. Baju coklat ada?
Fatin : Jap nak pergi tengok almari.
Dipendekkan cerita. Baju kurung coklat dah jumpa. Tapi takde tudung kuning.
Pagi esok tu, terus pergi ke kedai dekat dengan rumah cari tudung. Semangat, hehe.
Alhamdulillah, jumpa jugak tudung kuning.
1st time jadi pengapit. Semoga ada tempias pengantin tu.. ehh, haha..
Lagipun lepas ni memang turn Fatin dalam giliran adik-beradik.
Tak tahu la kalau adik2 nak potong line kan.. *cekak pinggang* :p
Fatin dengan Alia jaga untuk pemberian goodies. Lepas pengantin datang, baru lari keluar pulak. Tapi masa tu, mak andam kata, mana kipas pengantin? Dah, berlari pulak ke pelamin ambil kipas. Nasib baik iolls atlet larian.. ;)
Then, iring pengantin masuk dalam dewan. Naik ke atas pelamin. Kipas pengantin.
Duk semangat kipas pengantin, Fatin yang berpeluh kat atas tu.. hehe..
Perasaan duk kat pelamin? haha, nervous jugak lah..
Flash kamera bersilih ganti, dah macam retis.. hewhew..
Selamat pengantin baru abang Taufiq & Kak Ita! :) |
Sila percaya saya tidak gemuk, baju saya besar.. T.T |
Masa pengantin pergi makan, Fatin pergi balik ke tempat beri goodies. Sambung kerja. Ramai jugak tetamu yang datang, tak menang tangan dibuatnya. Macam2 hal ada. Sebelum acara potong kek, pisau kek tertinggal kat rumah. Then, dokler kunci rumah tak tahu kat siapa. Kelam kabut cari orang tanya, siapa pegang kunci. Lepas dapat kek, pisau pulak tertinggal kat rumah. Nasib rumah dengan dewan dekat je.
Fatin ada jemput beberapa kawan yang dekat dengan rumah datang kenduri. Tapi Farah sorang je yang datang. Thanks Farah! <3
Kepada kawan2 yang Fatin tak jemput, Fatin minta maaf, sebab bukan tak nak jemput, tapi ini kenduri abang Fatin, Fatin tak nak melebih-lebih pulak nak jemput orang macam kenduri sendiri.
In sha Allah kenduri tahun 2017 nanti Fatin jemput.
Goodies |
Kad kahwin abang. Nak jugak lengan berotot tu.. ;) |
Bunga manggar |
Kat luar dewan letak tambahan kerusi meja |
Candy bufet |
Cute! |
Love is sweet, so take a treat! |
Cousin, Afrina marah tak nak ambil gambar |
Cousin, Aina yang sangat rajin dan semangat tolong. |
Twinkle twinkle little star :p |
My sis, kak Ana |
Nampak kamera je, terus mengamuk, hmm |
My niece, Fedora Erayna |
Masa ni Fedora dah nak mengamuk |
pemberi goodies, pengapit, pemotong kek >.< |
Errk??? |
Fatin bakal mendapat anak buah yang kedua pada tahun ini.. In sha Allah.. :)
kunjungan baliknya yaw sekalian follback udeh ane follow tuh www.naufalthedarkness.blogspot.com
ReplyDeletetq, done following ur blog, i'm 116 :)
Deletemeriahnya..
ReplyDeletehttp://nurulnamasaya.blogspot.com/2013/01/short-segment-by-naa.html
done visiting ur blog, nice blog! :)
Deletewow. anak buah ke-2? untung lerrr.. kite ni bile lah nak merasa pegang baby..
ReplyDeleteyup, mudah-mudahan semuanya selamat, in sha allah.. :)
Deletepeewit!! canteknye fatin
ReplyDeletex payah nak peewit sgtlah kan.. hehe,tq ;)
Delete